YAMAHA Indonesia memperkenalkan Yamaha Aerox 155 versi Movistar yang dijual pada harga Rp24.25 juta (RM7,779). Bagi anda yang tidak tahu, di Malaysia motosikal ini dikenali sebagai Yamaha NVX 155.
ENJIN SAMA SEPERTI NMAX
Aspek mekanikal Yamaha Aerox 155 menggunakan enjin sama seperti NMAX yang berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin 4-lejang silinder tunggal. Hasilnya, skuter itu mampu menjana kuasa 14.8hp dan tork 14.4Nm dengan padanan sistem transmisi V-Belt automatik. Bagi kecekapan bahan api, Aerox 155 dilengkapkan sistem Mula-Henti (Start/Stop).
Walaupun saiz tampak lebih besar berbanding NMAX, tetapi berat keseluruhan 11kg lebih ringan. Sebagai makluman, berat Yamaha Aerox 155 ialah 160kg.
BACA >>> Yamaha NVX 155 Sah Dilancarkan 11 Julai 2017 - Harga Sekitar RM9,500?
BILAKAH BAKAL MASUK?
Buat masa ini, kami belum menerima sebarang maklumat bahawa Yamaha NVX 155 versi Movistar akan diperkenalkan bersama versi standard di pasaran Malaysia. Jika dibawa masuk, kami yakin mendapat permintaan tinggi. Sama-sama kita nantikan!
BACA >>> Harga Yamaha NMAX Diumumkan - RM8,812
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
GALERI
Kredit Foto TMC Blog
W.yeow says
Di negara thailand harga yamaha aerox thb.44,560