
XPENG Malaysia memperkenalkan program pemilikan ‘MEGA X9 REWARDS’, satu inisiatif khas sepanjang Jun 2026 yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik bernilai sehingga RM45,000 kepada pelanggan yang membeli MPV elektrik premium, XPENG X9.
Program terhad itu bertujuan meningkatkan nilai pemilikan model MPV elektrik utama XPENG sambil mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kenderaan elektrik premium (EV) di Malaysia.
MPV Elektrik Premium Dengan Teknologi Pintar
XPENG X9 dibangunkan sebagai MPV elektrik pintar yang menggabungkan teknologi mobiliti masa depan, prestasi pemanduan jarak jauh dan ruang kabin fleksibel untuk kegunaan keluarga mahupun korporat.
Model itu menampilkan reka bentuk futuristik dengan lampu nyalaan siang (DRL) Galaxy Light Wing serta badan aerodinamik yang direka untuk meningkatkan kecekapan tenaga.
Antara ciri utama termasuk sudut tiang-A 21 darjah dan cermin belakang 23 darjah yang membantu menghasilkan pekali seretan udara serendah 0.236Cd, sekali gus meningkatkan kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi.
Mudah Dikendali Dalam Bandar
Bagi memudahkan pemanduan dalam kawasan bandar, XPENG X9 dilengkapi sistem stereng roda belakang (Rear-Wheel Steering) sebagai ciri standard.
Teknologi itu membolehkan MPV bersaiz besar tersebut memiliki radius pusingan minimum hanya 5.4 meter, sekali gus memudahkan proses parkir dan pusingan di kawasan sempit.
Kabin Luas, Fleksibel
XPENG X9 menawarkan susun atur kabin yang luas dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi keperluan keluarga atau urusan perniagaan.
Antara ciri menarik adalah akses satu sentuhan ke barisan ketiga, fungsi gelongsor tempat duduk barisan kedua yang lebih panjang serta tempat duduk barisan ketiga dengan fungsi lipatan elektrik.
Apabila semua kerusi belakang dilipat, ruang simpanan boleh diperluaskan sehingga 2,554 liter.
Keselesaan Bertaraf Premium
Dari aspek keselesaan, X9 menggunakan sistem suspensi udara dwi-ruang (Dual-Chamber Air Suspension) yang mampu melaras karakteristik redaman secara automatik mengikut keadaan jalan.
Turut disediakan sistem penghawa dingin jenis agihan udara yang memastikan aliran udara lebih sekata kepada semua penumpang.
Kabin turut dilengkapi skrin hiburan penumpang bersaiz 21.4 inci dan skrin kawalan utama 17.3 inci, dipadankan dengan cip pemproses Qualcomm 8295P bersama sistem operasi XOS milik XPENG.
Platform 800V, Cas 10-80 Peratus Bawah 20 Minit
XPENG X9 dibina menggunakan platform voltan tinggi 800V Silicon Carbide (SiC) yang menyokong pengecasan ultra pantas.
Menurut XPENG, bateri boleh dicas daripada 10 hingga 80 peratus dalam tempoh kurang 20 minit, sekali gus menjadikan perjalanan jarak jauh lebih praktikal.
Sistem bateri turut dilengkapi pelbagai lapisan perlindungan keselamatan yang merangkumi pemantauan pintar, perlindungan voltan tinggi, kawalan bencana serta ketahanan mekanikal bagi mengurangkan risiko penyebaran haba.
Struktur Badan Kukuh dan Selamat
Dari aspek keselamatan, X9 menggunakan struktur badan berkekuatan tinggi dengan komponen die-cast bersepadu bagi meningkatkan ketegaran casis dan perlindungan penumpang.
Model itu turut dilengkapi pelbagai beg udara serta sistem sensor pintar untuk membantu pengesanan perlanggaran dan perlindungan penghuni.
Ganjaran Sehingga RM45,000
Menerusi program MEGA X9 REWARDS, pelanggan yang membeli XPENG X9 Tahun Model 2025 sepanjang Jun 2026 bakal menikmati manfaat berikut:
- Rebat tunai RM20,000
- Sokongan perlindungan insurans sehingga RM10,000
- Wallbox pengecas rumah percuma bernilai RM5,000
- Keistimewaan pelanggan korporat bernilai RM10,000 (tertakluk kepada syarat dan pengesahan)
Promosi ini sah sehingga 30 Jun 2026 atau selagi stok masih ada.







