Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
Auto Terkini

XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!

Abang HirataBy Abang Hirata24/10/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

XPENG telah memperkenalkan sedan liftback generasi baharu XPENG P7 di pasaran China. P7 dilancarkan secara rasmi pada 27 Ogos, dengan penghantaran di seluruh negara bermula pada 28 Ogos.

Sambutan yang diterima begitu hangat dan merekodkan 10,000 tempahan dalam masa 7 minit.

Mengenai pengeluaran, unit P7 ke-10,000 secara rasmi disiapkan dari barisan pemasangan pada bulan September. Ini menjadikan P7 model terpantas dalam barisan syarikat yang mencapai 40 JPH (jobs per hour) pada barisan pengeluaran baharu.

Harga permulaan P7 ditetapkan pada 219,800 yuan (RM 130,300) untuk varian asas.

Reka Bentuk dan Dimensi

Model ini meneruskan warisan P7 terdahulu, yang mencatatkan jualan kumulatif sebanyak 190,935 unit di pasaran domestik. Reka bentuknya, diterajui oleh Rafik Ferrag dengan gaya sedan coupe 5 tempat duduk dan terjemahaan bahasa rekaan Xmart Face.

Pekali seretan (Cd) model ini ialah 0.201.

Dimensi XPENG P7 adalah seperti berikut:

  • Panjang: 5,017 mm
  • Lebar: 1,970 mm
  • Tinggi: 1,427 mm
  • Jarak Roda (Wheelbase): 3,008 mm
  • Ruang kargo depan (frunk): 56 liter
  • Ruang but: 575 liter (1,929 liter dengan tempat duduk belakang dilipat).

Ciri-ciri luaran termasuk:

  • Jalur lampu LED hadapan.
  • Active air intake di bampar hadapan yang boleh ditutup.
  • Hendal pintu boleh ditarik balik (retractable door handles).
  • Active spoiler belakang.
  • Pilihan roda 20-inci atau 21-inci.
  • Pintu scissor (gullwing) dan sistem brek empat piston Brembo (varian prestasi)

Prestasi dan Sistem Elektrik

  • P7 dibina menggunakan sistem voltan tinggi 800V dan ditawarkan dalam pacuan belakang (RWD) atau semua roda (AWD)

Varian Pacuan Roda Belakang (RWD)

  • Motor: Tunggal di gandar belakang (270 kW / 362 hp).
  • Pilihan Bateri: LFP 74.9 kWj atau NCM ternary 92.2 kWj.

Varian Pacuan Semua Roda (AWD)

  • Output Gabungan: 437 kW (586 hp).
  • Pecutan 0-100 km/j: 3.7 saat.
  • Bateri: NCM 92.2 kWj.

Jarak pemanduan rasmi (CLTC China) adalah antara 702 km hingga 820 km.

Konfigurasi suspensi P7 terdiri daripada double wishbone di hadapan dan five-link di belakang. Sistem ini dilengkapi suspensi udara dua kebuk dan penyerap hentak redaman variabel CDC (CDC variable damping shock absorbers).

Pengagihan berat hadapan-ke-belakang adalah hampir 50:50.

Teknologi Kabin dan Pengkomputeran

Sistem pintar P7 disokong oleh tiga cip Turing AI, dibangunkan oleh XPENG, dengan kuasa pengkomputeran total 2,250 TOPS (Trilion Operasi Sesesaat). Ia menyokong model AI bahasa besar Visi-Bahasa-Tindakan (VLA) dan Model Visi-Bahasa (VLM).

  • Skrin tengah terapung 15.6-inci, yang boleh berpusing 15 darjah sisi dan 10 darjah menegak.
  • Panel instrumen LCD 8.8-inci dan Paparan HuD (Head-Up Display) Realiti Terimbuh (AR) 87-inci.
  • Sistem bunyi 7.1.4 dengan 23 pembesar suara.
  • Tempat duduk hadapan dengan 16-pelarasan, pengudaraan, pemanasan dan fungsi urutan.

Varian dan Harga Jualan

Model XPENG P7 ditawarkan dalam empat trim dengan harga jualan berikut:

  • XPENG P7 720: 219,800 yuan (RM130,300)
  • XPENG P7 820: 239,800 yuan (RM142,194)
  • XPENG P7 750 AWD: 259,800 yuan (RM154,089)
  • XPENG P7 750 AWD Scissor Doors: 301,800 yuan (RM 178,858)

Sudah beberapa bulan di China adakah P7 bakal dibawa ke pasaran tempatan? Sukar untuk ditentukan kerana pengecualian cukai dan duti untuk EV import bakal tamat tahun ini.

Buat masa sekarang, XPENG Malaysia menawarkan dua model iaitu G6 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah X9.

Sumber: Xpeng, CarNewsChina, PaulTan

Xpeng Xpeng P7
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026

    1 Comment

    1. Amran on 30/10/2025 22:21

      Very good in class👍👍👍

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.