Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR kenderaan elektrik (EV), Bermaz XPENG Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan XPENG G6 RWD Standard Range sebagai varian terbaharu dalam barisan kenderaan utiliti sukan (SUV) coupe elektrik pintar jenama itu di Malaysia.

Pelancaran itu menyusul kejayaan pengenalan varian Long Range dan AWD Performance pada Oktober 2025, sekali gus membuka akses lebih luas kepada teknologi EV pintar XPENG pada harga lebih kompetitif.

Pada harga bermula RM158,888 (Semenanjung Malaysia), XPENG G6 Standard Range menyasarkan pengguna yang mahukan keseimbangan antara prestasi, kecekapan dan teknologi pintar untuk kegunaan harian.

Varian Baharu Fokus Nilai, Utiliti

XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range

Menurut Bermaz Auto Berhad, pengenalan varian Standard Range mencerminkan komitmen XPENG untuk memperluas penawaran mobiliti elektrik pintar kepada lebih ramai rakyat Malaysia tanpa mengorbankan ciri teras yang menjadi identiti jenama tersebut.

Dibina atas platform SEPA 2.0, XPENG G6 Standard Range mengekalkan DNA pemanduan dinamik dan sistem pintar berteraskan kecerdasan buatan (AI), dengan konfigurasi bateri dan motor yang dioptimum untuk penggunaan seharian.

Pengecasan Ultra Pantas, Jarak Pemanduan Praktikal

XPENG G6 Standard Range

XPENG G6 Standard Range menggunakan bateri 68.5 kWh yang 50kg lebih ringan berbanding varian Long Range. Ia menyokong sistem pengecasan ultra pantas 800V 5C, membolehkan pengecasan 10 – 80 peratus sepantas 12 minit.

Dari segi kecekapan, penggunaan tenaga dicatat serendah 16.6kWh per 100km, dengan jarak pemanduan sehingga 480km (WLTP). Dalam situasi parkir dengan penyaman udara dihidupkan, penggunaan bateri dianggarkan sekitar 1 peratus sejam.

XPILOT Assist Tingkat Keyakinan Pemandu

Sistem bantuan pemanduan pintar XPILOT Assist disediakan sebagai ciri standard, dikuasakan prestasi pengkomputeran 21.5 TOPS yang menggabungkan NPU, CPU dan GPU keupayaan tinggi.

Antara ciri utama seperti Batuan Parkir Autonomi (APA), Bantuan Keluar Parkir Auto (AEP), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Kawalan Pemusatan Lorong (LCC), yang direka untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih selamat, lancar dan intuitif.

Kabin Moden, Selesa

XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range

Ruang dalaman XPENG G6 Standard Range mengekalkan rekaan moden dengan susun atur intuitif, material lembut, pencahayaan ambien dan antaramuka digital responsif. Sistem perisian pintar turut menyokong fungsi X-Combo yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pemandu.

Tempat duduk belakang menerima sudut sandaran dioptimum dan kusyen lebih panjang bagi keselesaan perjalanan jarak jauh, manakala sistem kamera 360° membantu pergerakan di ruang sempit.

Prestasi Seimbang untuk Pemanduan Harian

XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range

XPENG G6 Standard Range digerakkan motor elektrik berkuasa 185kW dan tork 440Nm, menawarkan pecutan lancar dan responsif. Berat keseluruha lebih ringan menyumbang kepada pengendalian lebih lincah dan kawalan lebih kemas.

Tetapan suspensi pula ditala untuk keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan, sesuai untuk pemanduan bandar mahupun lebuh raya.

Pakej Pemilikan, Harga Rasmi

XPENG G6 Standard Range ialah model import sepenuhnya (CBU) dari China dan kini dibuka untuk tempahan. Setiap pembelian disertakan pilihan pakej pengecasan tanpa had selama dua tahun daripada JomCharge atau pemasangan pengecas dinding 11kW daripada DC Handal.

Pakej pemilikan turut merangkumi:

  • Waranti kenderaan lima (5) tahun atau 120,000km
  • Servis dan penyelenggaraan percuma lima (5) tahun atau 100,000km
  • Waranti bateri voltan tinggi selama lapan (8) tahun atau 160,000km.

Senarai Harga XPENG G6 di Malaysia

  • XPENG G6 RWD Standard Range – RM158,888
  • XPENG G6 RWD Long Range – RM178,888
  • XPENG G6 AWD Performance – RM189,888
  • XPENG G6 AWD Black Edition – RM193,888

XPENG G6 Standard Range turut akan dipamerkan kepada umum di XPENG Roadshow yang berlangsung 14 – 18 Januari 2026 di LUXE, 1Utama Shopping Centre.

XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
XPENG G6 Standard Range
Auto Terkini Bermaz Auto Berhad Kenderaan Elektrik Kenderaan Elektrik (EV) SUV Elektrik XPENG Bermaz Sdn Bhd XPENG G6 2026 XPENG G6 Standard Range XPENG Roadshow
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.