Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

SyafieBy Syafie19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas Z15GT

PEMBANGUNAN sesebuah motosikal model motosikal bukan sekadar soal rekabentuk luaran, tetapi turut melibatkan proses kejuruteraan menyeluruh yang panjang dan teliti.

Bagi Modenas, pembangunan model Z15GT dilaksanakan menerusi aliran kerja sistematik yang merangkumi pembangunan casis, komponen badan dan enjin sebelum disatukan sebagai sebuah motosikal lengkap.

Logo Modenas Z15GT

Proses itu turut melibatkan kerjasama strategik dengan rakan teknologi antarabangsa bagi memastikan tahap kualiti, prestasi dan kebolehpercayaan berada pada piawaian global.

Berikut semua rakan strategik Modenas yang terlibat dalam penghasilan model Z15GT itu:

  • Kawasaki Motors Corporation (KMC) – Japan
  • Zonshen – China
  • Forschungsgesellschaft für Verbrennungskraftmaschinen und Thermodynamik (FVT) – Austria

Pembangunan Casis: Fokus Kestabilan, Ketahanan

Modenas Z15GT 2026
Modenas Z15GT 2026

Bagi bahagian casis, pembangunan bermula dengan:

  • Rekabentuk 3D (Modenas)
  • Simulasi dan pengesahan rekabentuk (Modenas)
  • Pengesahan prototaip (Modenas)
  • Pembuatan acuan dan peralatan (Zonshen)
  • Ujian komponen (Modenas dan Kawasaki)

Keseluruhan proses itu memberi penekanan terhadap kekuatan struktur, kestabilan tunggangan dan kesesuaian kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh, selari konsep Grand Touring yang diterapkan pada Z15GT.

Komponen Badan: Dari Lakaran ke Pengeluaran

Modenas Z15GT 2026

Bagi komponen badan, pembangunan dimulakan dengan:

  • Lakaran produk (Modenas dan Kawasaki)
  • Pembangunan model tanah liat (Modenas)
  • Kejuruteraan 3D dan kemasan permukaan (Modenas)
  • Pengesahan prototaip (Modenas dan Kawasaki)
  • Pembuatan acuan dan peralatan (Zonshen)

Pendekatan itu memastikan rekabentuk akhir bukan saja menarik secara visual, tetapi ergonomik dan praktikal untuk penunggang. Setiap panel diuji dan ditambah baik sebelum memasuki fasa penilaian prestasi sebenar di jalan raya.

Pembangunan Enjin: Ujian Prestasi Menyeluruh

Bagi unit enjin, proses pembangunan melibatkan:

  • Rekabentuk 3D (Modenas dan FVT)
  • Pengesahan simulasi (Modenas dan FVT)
  • Pengesahan prototaip (Modenas dan FVT)
  • Pembuatan acuan dan peralatan (Zonshen)
  • Ujian enjin dan komponen (Modenas dan Kawasaki)
  • Pengesahan prestasi enjin (Modenas dan Kawasaki)

Proses itu dilaksana menerusi kolaborasi antara Modenas dengan rakan teknikal seperti Zonsen dan FVT, bagi memastikan enjin memenuhi standard kecekapan, ketahanan dan prestasi ditetapkan.

Kerjasama Strategik, Penilaian Prestasi

Selepas semua komponen utama disiapkan, motosikal akan melalui fasa:

  • Penilaian prestasi (Modenas dan Kawasaki)
  • Ujian tunggangan dan pengendalian (Modenas dan Kawasaki)
  • Penambahbaikan dan pengesahan produk (Modenas dan Kawasaki)

Pada peringkat ini, kerjasama rapat antara Modenas dan Kawasaki Motors Corporation memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti keseluruhan motosikal berada pada tahap diluluskan Kawasaki.

Dari Prototaip ke Motosikal Lengkap

Modenas Z15GT
Modenas Z15GT

Hasil proses pembangunan berperingkat itu, setiap aspek Z15GT diuji, disahkan dan diperhalusi sebelum diluluskan sebagai motosikal lengkap.

Pendekatan menyeluruh itu memastikan model tersebut bukan sekadar memenuhi keperluan pasaran tempatan, tetapi mampu bersaing dari segi kualiti, kejuruteraan dan pengalaman tunggangan.

Auto Terkini FVT Austria Kapcai Kawasaki Motor Corporation (KMC) Modenas Modenas Z15GT 2026 roda2 Supermoped Zonshen
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.