Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

SyafieBy Syafie24/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DARIPADA barisan Tesla Model Y yang ditawarkan di Malaysia, varian Long Range Rear-Wheel Drive (RWD) muncul m pilihan paling seimbang dari segi harga, jarak pemanduan dan prestasi, terutama pengguna yang kerap memandu jarak jauh.

Ditawarkan pada harga RM216,450, Tesla Model Y Long Range RWD mampu mencatat jarak pemanduan sehingga 661km (WLTP), menjadikan model itu sebagai varian  jarak paling jauh dalam keluarga Model Y tempatan.

Fokus Jarak Jauh, Kecekapan

Varian iti direka khusus kepada pemandu yang mementingkan kecekapan dan ketenangan minda tanpa perlu kerap mengecas.

Spesifikasi utama:

  • Jarak pemanduan: 661km (WLTP)
  • 0 – 100kmj sepantas 5.6 saat
  • Kelajuan maksimum: 201kmj
  • Supercharge 15 minit: sehingga 274km
  • Pacuan roda belakang (RWD)

Gabungan itu menjadikan Long Range RWD ideal untuk ulang-alik harian, perjalanan antara bandar dan kegunaan keluarga.

Keselesaan, Teknologi Standard

Dari segi keselesaan, Tesla Model Y Long Range RWD dilengkapi:

  • Suspensi multilink termaju dengan frequency dependent damping
  • Rim 19 inci Crossflow
  • Kabin All Black Premium Interior
  • Unit infotaimen 16 inci
  • Kerusi depan boleh laras elektrik, pemanas dan pengudaraan
  • Sistem Autopilot sebagai ciri standard
  • Percubaan Premium Connectivity selama 30 hari

Sistem audio 9-pembesar suara, mencukupi untuk kegunaan harian walaupun tanpa subwufer seperti varian AWD.

Perbezaan Varian Lain (Ringkas)

Sebagai perbandingan ringkas:

  • Model Y RWD (RM195,450)
    Lebih murah, tetapi jarak pemanduan lebih pendek pada 466km WLTP dan prestasi lebih sederhana
  • Model Y Long Range AWD (RM242,450)
    Lebih pantas dengan 0 – 100kmj sepantas 4.8 saat, sistem AWD dan audio premium 15 pembesar suara dan subwufer, tetapi jarak pemanduan berkurang kepada 600km (WLTP) serta harga lebih tinggi.

Pilihan ‘Sweet Spot’ dalam Barisan Model Y

Dengan perbezaan harga sekitar RM21,000 berbanding varian asas, Model Y Long Range RWD menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak pemanduan dan keselesaan tanpa lonjakan harga terlalu besar seperti varian AWD.

Bagi pembeli yang tidak memerlukan prestasi maksimum atau pacuan semua roda, Tesla Model Y Long Range RWD boleh dianggap sebagai sweet spot dalam barisan Model Y di Malaysia.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Pacuan Roda Belakang (RWD) Tesla Malaysia Tesla Model Y Tesla Model Y Long Range RWD
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.