Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»X-OTO Lancar Skuter Elektrik Roda Tiga dengan Kelajuan 72kmj, Harga RM34k!
Roda2

X-OTO Lancar Skuter Elektrik Roda Tiga dengan Kelajuan 72kmj, Harga RM34k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


X-OTO memperkenal skuter elektrik tiga roda ke pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan paten sistem miring hingga 45º yang dikatakan menawarkan operasi membelok sama seperti skuter konvensional.

Skuter konfigurasi roda tunggal depan dan roda kembar belakang itu dilengkapi sistem mekanisme kestabilan tunggangan yang dianggap sesuai untuk penunggang baharu.

Berpangkalan di California, pengguna tidak memerlukan lesen motosikal sah untuk menunggang skuter X-OTO, dengan syarat memiliki lesen memandu kereta sah. Bagaimanapun, syarat itu mungkin berbeza daripada negeri lain di AS.

Pengasas syarikat X-OTO, Tim Huntzinger berkata;

Ia menawarkan pengalaman tunggangan berbeza. Mekanisme digunakan memberikan kestabilan ketika membelok walaupun dalam halaju rendah. Maksudnya, anda boleh miring ke tahap maksimum tanpa mengira skil tunggangan masing-masing.”

“Ini lebih selamat berbanding motosikal biasa dan lebih mudah dikendali, sekali gus melupuskan semua halangan ramai orang.”

“Skuter ini juga lebih mudah membawa pembonceng atau kargo berbanding motosikal elektrik lain, jadi sudah tentu lebih berguna kepada ramai orang. Di kebanyakan negeri, kamu tidak perlu lesen motosikal untuk menunggang.”

PERINCIAN

  • Skuter roda tiga X-OTO menggunakan hab motor depan berkuasa 4,000W, yang jarang dapat dilihat kerana kebanyakan pengeluar menggunakan pacuan hab roda belakang.
  • Pemilihan penggunaan pacuan hab depan adalah untuk membolehkan tetapan miring skuter roda tiga tersebut.
  • Kelajuan maksimum 72kmj, lebih pantas berbanding kebanyakan motosikal elektrik mikro di pasaran.
  • Dilengkapi dua pek bateri kapasiti 4.3kWh, cukup untuk tunggangan sejauh 145km dalam halaju sederhana. Jika menunggang laju, bateri lebih cepat habis dan jarak tunggangan lebih terhad.
  • Pek bateri boleh ditanggalkan untuk tujuan mengecas, memberi kelebihan kepada pengguna yang menginap di bangunan bertingkat atau tiada akses stesen cas di kediaman.
  • Tempoh mengecas pek bateri 5 jam. Harga pula cuma AS$7,499 (RM34,140)!

SUMBER: Electrek

autoterkini Mobiliti Elektrik motosikal motosikal elektrik Roda3 Skuter elektrik 3 roda Tim Huntzinger X-OTO
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.