Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Wyatt Thurman, Baru 7 Tahun Sudah Menang Kejuaraan Motocross
Roda2

Wyatt Thurman, Baru 7 Tahun Sudah Menang Kejuaraan Motocross

Han OthmanBy Han Othman18/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPARUH daripada umur WYATT Thurman dari Temecula, California dihabiskan dengan berlumba motocross, tetapi pelumba ini bukanlah berusia 50 tahun, sebaliknya baru 7 tahun. Bapanya, Eric Thurman berkata, anaknya itu sudah mula memulas terotel seawal usia tiga tahun di Tasik Lucerne.

Kini, pada usia 7 tahun, Wyatt nyata semakin matang. Malah, memiliki satu gelaran peringkat kebangsaan. Bulan lalu, ketika masih berusia 6 tahun, dia baru saja memenangi Kelas Terhad 51cc dalam Kejuaraan Motocross Kebangsaan Amatur AMA Rocky Mountain ATV/MC dengan menunggang jentera Cobra.

BACA >>> Legenda Trek dalam Pembikinan, Baru 12 Tahun Sudah Pandai Lumba Drift!

Kejohanan tahunan berprestij itu, yang berlangsung di Ladang Loreta Lynn dekat Hurricane Mills, Tennessee, adalah antara medan perlumbaan motocross tersohor yang banyak menobatkan pelumba muda terpantas di Amerika Syarikat (AS).

Wyatt meraikan kemenangan bersama ibu dan bapanya.

Antaranya Haiden Deegan, 11, juga dari Temecula, yang menjuarai kelas 65cc (7-11) menerusi jentera KTM.

Pengarah Sukan MX, Tim Cotter berkata, perlumbaan di Loretta Lynn ialah kejuaraan yang mahu disaingi setiap pelumba motocross seluruh AS. Ini kerana kemenangan tersebut bakal membuatkan seseorang pelumba itu jadi terkenal, sekali gus sebagai batu loncatan ke arah karier motocross profesional.

Wyatt bukan saja pelumba yang cukup kompetitif secara semula jadi, tetapi dia juga sangat suka menunggang. Tetapi kenapa motocross?

“Kerana anda dapat jadi kotor. Saya dapat bersenam dan gerakkan badan,” kata Wyatt.

Ibu kepada Wyatt, Tarayn berkata, Wyatt memiliki tahap keberanian luar biasa yang tidak sama seperti rakan sebaya lain. Nombor plat motornya, 247 jelas menggambarkan kegilaan pelumba muda itu, bermaksud 24-7 (sedia berlumba 24 jam!).

“Dia sentiasa suka berlumba. Kami akan sokong wyatt selagi dia suka melakukannya,” kata Tarayn lagi.

Bapanya, Eric pula berkata, tidak kira jika situasi itu cuma duduk di meja makan malam, Wyatt sentiasa mahu jadi orang nombor satu.

“Anda tidak boleh ajar seseorang itu untuk jadi pesaing. Anda hanya perlu memilikinya,” ujar Eric.

Wyatt tidak jemu berlatih setiap hari dengan menunggang motocross empat hari sepanjang seminggu, dan melakukan aksi ‘donat’ pada baki 3 hari lain. Malah, Eric juga perasan anaknya itu tidak gemar memotong lawan paling hadapan, dan cuma cuba melepasi pada pusingan terakhir.

“Lebih mudah memburu daripada diburu.  Jadi, saya cuma tunggu,” kata Wyatt dengan penuh yakin.

SUMBER: RideApart

Kejuaraan Motocross Kebangsaan Amatur AMA Rocky Mountain ATV/MC motocross pelumba muda roda2 sukan permotoran Wyatt Thurman
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.