Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»WTCA Dedah GAC GS3 EMZOOM Versi CKD Pertama di Asean! Harga RM126,800
Auto Terkini

WTCA Dedah GAC GS3 EMZOOM Versi CKD Pertama di Asean! Harga RM126,800

Han OthmanBy Han Othman12/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDIARI penuh milik Warisan TC Holdings Berhad, dan pengedar eksklusif kenderaan GAC dan AION di Malaysia, WTC Automotif Sdn Bhd (WTCA) melancarkan GAC GS3 EMZOOM pertama versi pemasangan  tempatan (CKD) di Malaysia.

Pelancaran GAC GS3 EMZOOM CKD versi pemanduan sebelah kanan (RHD) itu juga adalah pertama di Asean, yang mana pencapaian itu adalah hasil maklum balas positif dan permintaan luar jangka untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B tersebut.

Berkuat kuasa 10 Ogos ini, WTCA tidak lagi menerima tempahan unit import penuh (CBU). Pelanggan CBU sedia ada yang belum memenuhi tempahan kini diberikan pilihan untuk menukar tempahan mereka kepada unit CKD.

GAC GS3 EMZOOM versi CKD ditawarkan dalam varian Premium-R pada harga RM126,800 dengan lima warna pilihan, iaitu Salt Lake Blue (biru), Asphalt Black (hitam), Superstar Silver (perak), Graphite Grey (kelabu), dan Frost White (putih).

Model CKD dan projek CKD itu sudah dilancarkan sejak 11 Mei 2023 menerusi perkongsian antara WTCA dan GAC Motor dengan pelaburan bernilai RM60 juta untuk menaik taraf fasiliti dan barisan pengeluaran.

Model GS3 EMZOOM pertama yang keluar dari kilang Segambut pada Februari tahun ini sudahpun memasuki fasa mula pengeluaran (SOP) pada April 2024, dan kini memasuki peringkat pengeluaran penuh.

GAC GS3 EMZOOM pertama juga berjaya dilancarkan pada 18 April lalu sebagai unit CBU.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng berkata, keberadaan unit CKD untuk GAC GS3 EMZOOM adalah melebihi sasaran tempahan asal untuk unit CBU.

Kami teruja mengumumkan semua unit CBU untuk  GAC GS3 EMZOOM sudah habis ditempah.

“Melihat ke depan, kami menjangka model GAC GS3 EMZOOM CKD juga akan mendapat sambutan balik dengan tempahan dibuka 10m Ogos ini. Percayalah, pasukan kami kini sedang bekerja tanpa lelah untuk memenuhi tempahan anda dan meminimum tempoh menunggu pelanggan”

TAWARAN PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan, WTCA mengumumkan tawaran eksklusif kepada pelanggan yang terpaksa menunggu lama tempahan melebihi tiga bulan, dan pelanggan yang perlu menukar tempahan CBU kepada CKD, iaitu perkhidmatan filem penapis cahaya (tinting) bernilai hingga RM2,100.

Tempahan tersebut adalah tambahan kepada promosi sedia ada, itiu servis percuma selama setahun, atau tiga sesi penyelenggaraan, bersama waranti kenderaan lima tahun, atau 150,000km (mana satu tiba dulu).

Selain itu, 2,000 pelanggan pertama yang memiliki GAC GS3 EMZOOM akan menerima hadiah jam tangan pintar dan waranti enjin dan trenkuasa  tujuh tahun atau 180,000km (mana satu tiba dulu).

GAC GS3 EMZOOM ialah model pertama dilancarkan GAC Malaysia tahun ini dengan ciri sofistikated dalam pakej menyeluruh yang menggabungkan rupa sporty, pemanduan mengujakan, keselesaan dan ruang luas bersama ciri keselamatan mendahului kelas.

Inisiatif CKD menandakan langkap penting buat GAC Motor dalam meningkatkan kehadiran jenama itu di pasaran tempatan, dan mengukuhkan kerjasama dengan WTCA. Pengeluaran tempatan adalah contoh konsep ‘Ekosistem GAC’ bagi melonjakkan persaingan di pasaran Malaysia.

Projek CKD ini mewakili pencapaian besar buat WTCA. Dengan menyediakan model mampu milik, kami yakin mampu menguasai bahagian pasaran yang besar. Kualiti dan kerja pembuatan adalah teras apa yang kami lakukanm dan mengekalkan standard tinggi  ialah keutamaan kami.

“Kami juga komited untuk memberikan produk, jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti tinggi pada harga munasabah.

“WTCA merancang memperkenalkan lebih banyak model dan varian di Malaydia dalam bentuk CKD, dan kami melihat ke depan untuk meluaskan barisan produk,” kata Keng Meng.

Pelanggan dijemput mengunjungi bilik pameran GAC seluruh negara untuk merasai sendiri pengalaman memandu GAC GS3 EMZOOM. GAC Malaysia turut memiliki gudang alat ganti yang berlokasi di Semenanjung, dan Malaysia Timur dalam usaha memenuhi permintaan yang cekap dan cepat daripada pelanggan.

Maklumat lanjut mengenai GAC GS3 EMZOOM boleh layari www.gacmotor.com.my atau hubungi 1800-688-673.

Auto Terkini Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak Warisan TC Holdings Berhad WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

10/04/2026
Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
Auto Terkini

Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

09/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.