Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#WorldSBK2025: Bulega Rapat Jurang, Raih Dua Kemenangan di Aragon
Auto Terkini

#WorldSBK2025: Bulega Rapat Jurang, Raih Dua Kemenangan di Aragon

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/09/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.

PELUMBA Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega kembali menyerlah di Tissot Aragon Round selepas mencatat dua kemenangan berganda, semalam (Ahad, 28 September 2025).

Kemenangan itu mengurangkan jurang kejuaraan dengan pasukan ROKiT BMW Motorrad WorldSBK Team, Toprak Razgatlioglu kepada 36 mata.

Bulega Bangkit Selepas Suram

Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.

Perlumbaan Sabtu tampak sukar buat Bulega apabila Toprak memenangi Race 1 dan memutuskan rekod dominasi Ducati di Aragon yang sebelum ini memenangi lapan perlumbaan berturut-turut. Malah, jurang kejuaraan ketika itu melebar kepada 44 mata.

Dengan taktikal bijak dan jentera lebih baik selepas penambahbaikan,  Bulega berjaya menewaskan juara bertahan itu dalam Superpole RacedanRace 2.

Aku sangat gembira sebab memang perlukan dua kemenangan Ahad ini. Toprak sangat kuat dan agresif sepanjang hujung minggu, jadi aku hanya cuba ikut rentak dia je, dan balas setiap asakan. Ini pertarungan sangat hebat dan aku menikmatinya,” kata Bulega.

Rahsia Kejayaan di Aragon

Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.

Kunci kejayaan Bulega adalah peningkatan kelajuan keluar selekoh yang membolehkan pelumba Itali itu lebih agresif menyaingi Toprak. Jika pada Sabtu, Toprak masih jauh lebih laju di beberapa bahagian litar, tetapi perlumbaan Ahad berjaya mengurang kelebihan itu dengan ketara.

Kami cuba perbaiki bahagian keluar selekoh. Toprak masih lebih laju, tapi tidak seteruk Sabtu. Aku gembira sebab kami berjaya dapatkan yang maksimum daripada apa yang ada. Kami tahu margin tak besar, tapi kami guna sepenuhnya,” katanya.

Fokus Seterusnya – Estoril, Jerez


Selepas Aragon, kejuaraan akan beralih ke Estoril, sebelum ke Jerez yang menjadi litar kegemaran Bulega.

Kami kena ambil perlumbaan satu demi satu. Sasaran aku adalah cuba menang setiap perlumbaan dan tengok di mana kedudukan akhirnya.

“Musim lepas aku dah menang Superpole Race di Estoril, tapi itu tahun pertama aku. Tahun ini aku rasa lebih laju dan lebih kuat, jadi aku akan cuba kekal di depan. Jerez adalah salah satu litar kegemaran aku, dan aku akan cuba menang kat sana juga,” kata Bulega penuh keyakinan.

Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.
Nicolo Bulega juara Aragon WorldSBK 2025.

SUMBER: WorldSBK.com

Aragon Track Nicolo Bulega Toprak Razgatlioglu WorldSBK 2025
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.