Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Wanita Niqab Bawa Vellfire Buat Kecoh di Stesen Minyak Didenda RM5,500
Auto Terkini

Wanita Niqab Bawa Vellfire Buat Kecoh di Stesen Minyak Didenda RM5,500

SyafieBy Syafie23/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAHKAMAH Majistret Sungai Besar hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas wanita berniqab yang tular membuat kecoh di sebuah stesen minyak Petronas di Pusat Perdagangan Hillpark, Puncak Alam, Selangor pada 17 Oktober lalu.

Tertuduh, Elyna Muhamad, 42, yang juga ibu kepada lima anak, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dibacakan Majistret Siti Hajar Ali.

KEJADIAN 7.50 malam di STESEN MINYAK HILLPARK, SAUJANA UTAMA semalam (17 Oktober).

Seorang pemandu wanita tempatan meletak keretanya hingga menghalang kereta lain keluar dari stesen minyak tersebut seterusnya menimbulkan kekecohan.

Laporan polis dibuat penyelia stesen terbabit… pic.twitter.com/PC9EdRLDJq

— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 18, 2024

Berikut tiga tuduhan tersebut:

  1. Melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap penyelia stesen minyak berusia 24 tahun. Pertuduhan ini memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
  2. Berkelakuan aib di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu ketenteraman yang boleh dikenakan denda RM100 bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
  3. Berkelakuan tidak senonoh di Balai Polis Saujana Utama yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Secara pecahan daripada jumlah denda itu, tertuduh didenda RM5,000 atas kesalahan pertama, RM100 untuk kesalahan kedua, dan RM400 bagi kesalahan ketiga.

Tular satu video di platform X baru-baru ini memaparkan tertuduh yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire meletakkan kenderaannya di kawasan tidak dibenarkan hingga menghalang kenderaan lain keluar dari petak parkir.

Tertuduh juga dirakam mengeluarkan sebatang buluh dari keretanya dengan niat mengugut orang awam.

Terdahulu, Peguam Shah Wira Abdul Halim dalam mitigasi memohon anak guamnya hanya dikenakan denda kerana tertuduh hanya seorang suri rumah dan perlu menjaga lima anaknya.

Ketika kejadian, tertuduh seorang diri ke stesen minyak tersebut untuk membeli makanan dan meletakkan keretanya di lokasi tersebut buat sementara waktu.”

“Bagaimanapun disebabkan salah faham, dia (tertuduh) gagal mengalihkan keretanya selain kehadiran beberapa pemuda dan seorang wanita yang melakukan sedikit provokasi terhadapnya.”

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

SUMBER: Kosmo

Auto Terkini Mahkamah Majistret Sungai Besar stesen minyak Toyota vELLFIRE tular video tular Wanita Berniqab
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.