Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Beli Tiket Menyamar Jadi Pramugari Batik Air, Tapi ‘Kantoi’ Juga Akhirnya…
Auto Terkini

Beli Tiket Menyamar Jadi Pramugari Batik Air, Tapi ‘Kantoi’ Juga Akhirnya…

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Wanita menyamar pramugari beli tiket Batik Air

SEORANG wanita berusia 23 tahun mencetuskan perhatian ramai selepas didakwa menyamar sebagai pramugari Batik Air dan berjaya menaiki pesawat bagi penerbangan dari Palembang ke Jakarta, sebelum aksinya terbongkar oleh kru kabin sebenar.

Memetik laporan media Indonesia, DetikNews, insiden berlaku Selasa lalu apabila suspek wanita berkenaan, Khairun Nisa atau lebih mesra disapa Nisya, dilihat mengenakan seragam lengkap pramugari Batik Air, termasuk kebaya putih, kain batik, gaya rambut sanggul dan membawa beg kru penerbangan.

Guna Tiket Penumpang Sah

Wanita menyamar pramugari beli tiket Batik Air

Difahamkan, Nisya yang dipercayai berasal dari Palembang, Sumatera Selatan, menggunakan tiket sah sebagai penumpang biasa untuk memasuki pesawat. Namun, penampilannya yang seakan kru kabin membolehkannya berada dalam kawasan kabin sebelum berlepas.

Kecurigaan mula timbul apabila kru kabin sebenar berinteraksi dengannya dan mendapati jawapan yang diberikan tidak selari prosedur operasi standard (SOP) seorang pramugari. Kegagalan suspek menjelaskan tugasan asas kru kabin menyebabkan pihak syarikat bertindak menyoal siasat wanita itu sebaik pesawat mendarat di Jakarta.

Barangan Palsu Batik Air

Rakaman video yang tular di media sosial turut memaparkan Nisya memegang kad pengenalan palsu yang menyerupai ID rasmi Batik Air, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen mengenai tahap keselamatan dan kawalan akses di lapangan terbang.

Dalam satu kenyataan terbuka dimuat naik di media sosial, Nisya mengakui perbuatannya dan memohon maaf kepada pihak Batik Air dan orang ramai.

Video Pengakuan Tular

Wanita menyamar pramugari beli tiket Batik Air

Saya memang menaiki penerbangan Batik Air laluan Palembang – Jakarta ID 70-508 dengan memakai pakaian dan kelengkapan pramugari,” katanya dalam video pengakuan yang kini tular.

Nisya turut menjelaskan keluarganya tidak mengetahui mengenai penyamaran tersebut. Bagaimanapun, motif sebenar tindakannya masih belum diperjelas sepenuhnya, dengan beberapa laporan mendakwa dilakukan atas faktor menjaga maruah keluarga dan memenuhi impian peribadi.

Tiada Kenyataan Rasmi Batik Air

Wanita menyamar pramugari beli tiket Batik Air

Setakat ini, Batik Air belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan. Namun, pakar keselamatan penerbangan dan pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kelonggaran prosedur keselamatan, yang membolehkan individu tanpa kelayakan menyamar sebagai kru kabin dan menaiki pesawat komersial.

Pihak berkuasa dijangka menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti bagaimana wanita berkenaan boleh melepasi beberapa lapisan keselamatan, dan sama ada wujud unsur kecuaian pihak tertentu.

Insiden itu sekali lagi menimbulkan persoalan tentang kepentingan pengesahan identiti ketat dalam industri penerbangan, bukan sahaja demi keselamatan penumpang, tetapi bagi menjaga integriti dan profesionalisme profesion kru kabin.

SUMBER: DetikNews

Auto Global Auto Terkini Batik Air Jakarta Palembang Pramugari palsu
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.