Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Model EV Penuh CKD Pertama Malaysia
Auto Terkini

Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Model EV Penuh CKD Pertama Malaysia

ShawkathBy Shawkath15/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Car Malaysia secara rasminya memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) penuh versi pemasangan tempatan (CKD), XC40 Recharge Pure Electric ke pasaran Malaysia.

Pengenalan itu adalah antara usaha firma berkenaan menjadi syarikat kenderaan elektrik penuh menjelang tahun 2030.

Volvo juga merupakan satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia dengan program CKD rangkaian hibrid plug-in (PHEV) dan menyatakan kesediaan untuk melancarkan sebuah model EV baharu setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berhubung XC40 Recharge Pure Electric, tempahan secara atas talian akan dibuka pada 4 April 2022. Harganya akan diumum pada hari sama. Kiriman kenderaan pula akan bermula pada hujung bulan April ini.

Volvo Car Malaysia juga akan memulakan aktiviti mengeksport kenderaan elektrik ke pasaran ASEAN tidak lama lagi.

Usaha itu adalah sebahagian sasaran syarikat untuk mempercepatkan transformasi ke arah elektrifikasi dengan sumbangan 75 peratus barisan kenderaan elektrik penuh menjelang 2025 di Malaysia.

Selain itu, Volvo juga bercadang melancarkan model elektrik penuh C40 Recharge tidak lama lagi yang juga versi CKD.

BACA >>> Volvo XC40 Recharge – SUV Elektrik Penuh Pertama Dunia Dapat Rating TSP+

Pengarah Urusan Volvo Var Malaysia, Charles Frump berkata:

“Volvo Car Malaysia bersedia melaksanakan rancangan global Volvo ke arah mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030, bermula dengan pelancaran XC40 Recharge Pure Electric pada hari ini.

“XC40 Recharge Pure Electric adalah salah satu dari pelbagai inisiatif kami untuk menggalakkan pengguna menggunakan kenderaan elektrik pada masa depan.

“Menjelang pertengahan dekad, kami menyasarkan untuk mengurangkan keseluruhan pelepasan kitaran hayat emisi karbon dioksida untuk setiap kereta sebanyak 40 peratus. Untuk mencapai usaha ini, bukan sekadar mengurangkan pelepasan paip ekor melalui elektrifikasi tetapi juga melibatkan pengurangan pelepasan karbon dioksida merentasi operasi dan rantaian bekalan kita.”

PERINCIAN

  • XC40 Recharge Pure Electric dibina menggunakan platform kenderaan utiliti sukan (SUV) premium kecil iaitu XC40.
  • XC40 Recharge Pure Electric menggunakan trenkuasa elektrik dengan pacuan semua roda dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km untuk setiap cas.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 – Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi
BACA >>> Volvo Malaysia Perkenal Pelitup Muka Motif Batik
BACA >>> Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam

Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 Volvo C40 Recharge Pure Electric (2022) Volvo C40 Recharge Pure Electric CKD Volvo Car Malaysia Volvo XC40 Recharge Pure Electric (2022) CKD
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.