Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo V90 dan V60 Estate (Wagon) Kembali Ke UK Selepas Dihentikan Pada 2023!
Auto Terkini

Volvo V90 dan V60 Estate (Wagon) Kembali Ke UK Selepas Dihentikan Pada 2023!

Abang HirataBy Abang Hirata09/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD

VOLVO V90 dikeluarkan sejak 2016 dan sebuah lagi wagon V60 menyusul pada 2018. Kedua-duanya ditawarkan di pasaran tempatan.

Di United Kingdom (UK), penjualan V90 dan V60 telah pun ditamatkan pada 2023. Satu yang menarik ialah kedua-duanya kembali ditawarkan selepas diminta pelanggan.

Sememangnya Eropah merupakan lubuk kepada hatchback dan wagon walaupun meriah dengan penawaran pelbagai kenderaan utiliti sukan (SUV).

Untuk makluman, versi sedan iaitu S60 dan S90 kekal ditamatkan penjualan di UK.

Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD

V60 UK ditawarkan di dalam dua spesifikasi iaitu Plus dan Ultra dan dibahagikan kepada rangkaian kuasa 2.0 liter turbo hibrid plug-in T6 dan T8.

Enjin T6 menghasilkan 253 kuasa kuda (hp) dan 310 hp pada T8. Kedua-duanya dipadan bersama motor elektrik 145 hp.

Pelanggan yang tidak mahu hibrid penuh pula boleh memilih varian hibrid ringan B4 dengan kuasa 197 hp.

Volvo V60 Plug-in Hybrid T6

V90 yang lebih besar dipasarkan dalam varian sama, T6 untuk Plus dan T8 bagi Ultra dan hanya digerakkan rangkaian kuasa 2.0 liter turbo hibrid plug-in.

Selain kemunculan semula, Volvo berkongsi lebih banyak perincian Black Edition untuk model elektrik EC40 dan EX40 dan model petrol XC40.

EC40 dan XC40 merupakan nama baharu XC40 dan C40 Recharge. Penawaran Black Edition untuk ketiga-tiga model dibuat pada Februari lalu.

Model Black Edition tampil istimewa dengan warna Onyx Black, jeriji depan, emblem dan logo hitam kilat.

Volvo EX40 Black Edition

Melengkapi tema gelap rim aloi 20 inci dalam warna hitam kilat. Sama seperti wagon, kedua-duanya dibuat dalam spesifikasi Plus dan Ultra.

Selain varian pacuan roda belakang Single Motor Extended Range 252 hp, Volvo menawarkan pacuan semua roda Twin Motor Performance.

Kuasa yang dihamburkan setinggi 442 hp berbanding 408 hp pada EC40 dan EX40 pacuan semua roda dan pemetaan baharu untuk tindak balas pemecut.

Model itu juga dilengkapi mod Performance untuk pemandu menikmati kuasa tambahan.

Volvo EC40 Black Edition

XC40 Black Edition pula digerakkan enjin 2.0 liter turbo hibrid ringan dengan pilihan B3 dan B4 yang masing-masing menghasilkan 163 hp dan 197 hp.

Model Plus dilengkapi stereng dan kerusi belakang (bahagian luar) dengan pemanas, kerusi pemandu berkuasa dengan tetapan ingatan, sistem penulenan udara canggih dan balutan fabrik suede Connect dan microtech.

Model elektrik EC40 dan EX40 dilengkapi pam pemanas yang cekap tenaga dan membantu dalam memaksimumkan jarak pemanduan.

Model teratas Ultra pula lebih mewah dan dilengkapi kamera parkir 360 darjah, lampu besar piksel pembelokan aktif dengan teknologi bayangan adaptif, kerusi penumpang dan lipatan penyandar kepala kerusi penumpang belakang elektrik.

Volvo EC40 Black Edition

EX40 dan XC40 dilengkapi bumbung panoramik boleh buka. Sistem audio berkuasa 600W dengan 12 pembesar suara Harman Kardon dan bunyi sekeliling Dolby Pro Logic II.

Tempahan Black Edition, V60 dan V90 sudah pun dibuka dan penghantaran kepada pelanggan di UK dijangka pada suku ketiga 2024.

Harga Black Editon bermula dari GBP£40,720 (RM245,253). Wagon V60 dan V90 pula dari GBP£43,370 (RM261,213) dan GBP£62,280 (RM375,177).

Volvo EX40 dan EC40 Black Edition:

Volvo EX40 and EC40 Black Edition
Volvo EX40 and EC40 Black Edition
Volvo EX40 and EC40 Black Edition

Volvo EX40 Black Edition:

Volvo EX40 Black Edition
Volvo EX40 Black Edition

Volvo EC40 Black Edition:

Volvo EC40 Black Edition
Volvo EC40 Black Edition

Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD:

Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD
Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD
Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD
Volvo V90 Plug-in Hybrid T6 AWD

Volvo V60 Plug-in Hybrid T6:

Volvo V60 Plug-in Hybrid T6
Volvo V60 Plug-in Hybrid T6
Volvo Volvo EC40 Volvo EC40 Black Edition Volvo EX40 Black Edition Volvo V60 Volvo V90 Volvo XC40
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.