Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo Lancar S90 dan V90, Fasa Transformasi Kedua Kini Bermula
Roda4

Volvo Lancar S90 dan V90, Fasa Transformasi Kedua Kini Bermula

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia melancarkan sedan premium baharu, S90 dan satu-satunya model wagon dalam segmen DE premium, V90. Kedua-dua model mewah itu menggunakan platform Arkitektur Produk Berskala (Scalable Product Architecture – SPA), yang menjadi fasa kedua program transformasi pengeluar dari Sweden itu.

Volvo S90 dan V90 tampil dengan tradisi kemewahan Scandinavia melalui penggunan bahan semula jadi, ergonomik dan rekabentuk fungsi yang turut disertakan inovasi teknologi termaju.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland berkata, idea Volvo adalah menawarkan sesuatu yang berbeza dalam segmen agak konservatif dengan menawarkan produk menyerlah dan meyakinkan serta pada masa sama menampilkan  bahagian dalaman serba mewah.

REKABENTUK LUARAN

Sama seperti XC90, dua model baharu itu menampilkan wajah baharu Volvo selain adunan gaya klasik. Ciri-ciri utama yang sudah menjadi identiti Volvo ialah lampu utama LED ala tukul Thor, gril dan logo baharu serta barisan perkataan Volvo merentasi pintu but belakang.

Dimensi luaran kedua-dua model tampil lebih rendah, panjang dan lebih lebar berbanding pesaing lain dalam segmen sama. Walaupun pasaran kereta wagon begitu kecil di Malaysia, tetapi Volvo yakin pertambahan kelompok pembeli dengan gaya hidup aktif akan membuatkan semakin ramai menyukai model segmen ini.

ENJIN

Volvo S90 dan V90 ditawarkan dalam dua varian, T5 dan T6 R-Design dengan enjin 2.0L turbo T5 berkuasa 254hp pada 5,500 rpm dan tork maksimum 350Nm (1,500 hingga 4,800rpm).

SISTEM KESELAMATAN

Seperti kelaziman kenderaan Volvo, S90 dan V90 dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan terkini. Pakej standard terdiri daripada ciri City Safety dengan Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB) yang dapat mengesan dan mengelak perlanggaran membabitkan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

Ciri standard lain ialah teknologi semi-autonomi iaitu Bantuan Pilot yang akan memberi input kepada stereng supaya kenderaan kekal dalam lorong pemanduan mengikut garisan jalan. Teknologi ini mampu berfungsi hingga kelajuan 130kmj dengan mengekalkan jarak dan kelajuan yang ditetapkan pemandu.

WARNA

Terdapat empat pilihan warna, Onyx Black (hitam), Ice White (putih), Osmium Grey (kelabu) dan Bright Silver (perak). Pembeli varian T5 ditawarkan warna eksklusif, Mussel Blue (biru). Bahagian dalaman pula diberikan opsyen tiga warna, Charcoal (hitam), Amber (kuning) dan Blond (perang) dengan campuran warna kemasan seperti Iron Ore (hitam) atau Dark Flame Birch (kelabu).

HARGA

Harga atas jalan (tanpa insurans) untuk model S90 T5 ialah RM388,888, manakala V90 T5, RM393,888.

Volvo Volvo Car Malaysia Volvo S90 Volvo V90
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.