• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Volvo FL Electric - Trak Elektrik yang Mampu Pergi Sejauh 300km

April 22, 2018 By Admin Leave a Comment


SEMUA tahu Volvo kini sedang serius membangunkan kenderaan elektrik (EV), tetapi pengeluar itu bukanlah satu-satunya jenama automotif dunia yang terlibat dalam industri itu. Ada satu pengeluar trak berjenama sama turut mahu melakukannya.

Walaupun berkongsi warisan, nama, jenama dan tulisan sama, dua nama Volvo itu sebenarnya tiada kaitan satu sama sekali. Ketika Geely memiliki pengeluar saham Volvo versi pengeluar kereta, sebaliknya Volvo versi pengeluar trak ialah syarikat berbeza (Geely cuma baru memiliki sebahagian kecil saham pengeluar trak itu, Disember tahun lalu). Volvo Group turut menguasai Renault dan jenama trak, Mack.

Pengeluar kenderaan komersial itu baru saja memperkenalkan Volvo FL Electric yang direka untuk agihan bandar dan operasi penolakan termasuk tugasan lain. Kenderaan itu juga menawarkan tahap pencemaran bunyi rendah dan kualiti udara lebih baik berbanding trak konvensional.

PERGI SEJAUH 300MKJ

FL Electric dikuasakan motor elektrik berkuasa 185kW (248hp) dan tork 425Nm yang disokong 2 dan 6 bateri litium-ion (Li-ion) mengikut keperluan penggunaan. Bateri itu pula membekalkan kuasa dalam julat 100-300kWh untuk jarak perjalanan 300km. Tempoh mengecas pula dapat dibuat sepantas 1-2 jam menerusi soket DC, atau AC (plag rumah), iaitu 10 jam.

Presiden Volvo Trucks, Claes Nilsson berkata, FL Electric ialah trak pertama dalam barisan trak EV Volvo yang sedia digunakan untuk trafik biasa.

"Dengan model ini, kami menjadikan ia munasabah untuk bandar yang mensasarkan pembangunan urban mampan dengan meraih manfaat daripada kelebihan pengangkutan trak elektrik," katanya.

Walaupun model ini ialah trak elektrik pertama Volvo, produk trak hibrid sudah sedia ditawarkan. Divisyen bas EV pula sudah menghasilkan model EV sejak 8 tahun lalu. Pastinya pembuatan trak EV itu bukan pengakhiran Volvo Trucks dalam menawarkan barisan penuh EV kelak.

SUMBER: CarScoops

Filed Under: Roda4, Volvo Tagged With: Claes Nilsson, EV, Kenderaan Elektrik (EV), lori, Roda4, Trak, trak Volvo, Volvo, Volvo FL Electric, Volvo Trucks

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?#TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my