Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo EX60 Cross Country Diperkenal Serentak EX60 Baharu, Lebih Tinggi!
Auto Terkini

Volvo EX60 Cross Country Diperkenal Serentak EX60 Baharu, Lebih Tinggi!

Abang HirataBy Abang Hirata22/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Cars memperkenalkan Volvo EX60, model pertama yang dibina menggunakan seni bina SPA3 yang menawarkan tahap modulariti dan kecekapan pembuatan yang lebih tinggi.

Satu yang menarik, model ini diperkenalkan pada hari yang sama ES90 dilancarkan di pasaran tempatan.

Pihak pengurusan Volvo Cars menyatakan bahawa EX60 menandakan permulaan baharu bagi syarikat dengan memperkenalkan teknologi kunci seperti mega casting, teknologi cell-to-body dan sistem pengkomputeran teras HuginCore.

Volvo EX60 Cross Country

Bersama-sama pelancaran model standard, Volvo turut mendedahkan varian EX60 Cross Country yang membawa warisan lasak Volvo ke era elektrik moden.

Varian ini menampilkan reka bentuk yang lebih rugged dengan penggunaan warna eksklusif Frost Green yang diinspirasikan daripada alam semula jadi Scandinavia.

Penampilan lasaknya diperkukuhkan lagi dengan arka roda yang lebih lebar, plat pelindung daripada keluli tahan karat brushed pada bahagian hadapan dan belakang, serta rim khas yang eksklusif untuk model Cross Country.

Berbeza dengan model standard, EX60 Cross Country menawarkan posisi pemanduan yang lebih tinggi untuk penglihatan jalan yang lebih baik.

Ia mempunyai jarak kelegaan tanah tambahan sebanyak 20 mm berbanding X60 biasa yang lebih kelihatan seperti sebuah crossover.

Dengan bantuan sistem suspensi udara, pemandu boleh melaras ketinggian kenderaan sehingga 234 mm sekiranya perlu, atau merendahkan kenderaan untuk meningkatkan kestabilan dan aerodinamik ketika pemanduan di lebuh raya.

Rangkaian Kuasa dan Pengecasan Dua Arah (Bi-directional)

EX60 Cross Country dilengkapi dengan teknologi pengecasan dua arah yang membolehkan bateri kenderaan membekalkan kuasa elektrik dengan kapasiti maksimum 22 kW.

Dari segi pengecasan pantas, ia menyokong pengecasan DC sehingga 370 kW.

Penambahan jarak pemanduan sehingga 315 km boleh dibuat dalam masa 10 minit pengecasan apabila menggunakan stesen pengecasan 400 kW.

Spesifikasi Teknikal Volvo EX60 Cross Country (EX60 biasa)

Rangkaian Kuasa, Prestasi dan Bateri

P10 AWD Electric

  • Kuasa: 375 kW (510 hp), 710 Nm
  • Moto elektrik: Hadapan dan belakang
  • Pecutan 0-100 km/j: 4.7 saat (EX60: 4.6 saat)
  • Halaju maksimum: 180 km/j
  • Kandungan tenaga bersih: 91 kWj
  • Jarak gerak WLTP Gabungan: 640 km
  • Pengecasan DC Maksimum: 370 kW
  • Masa pengecasan DC 400 kW (10-80%): 18 minit

P12 AWD Electric

  • Varian prestasi tinggi ini akan menawarkan jarak gerak yang lebih jauh dengan sistem pacuan semua roda AWD.

Sistem Pengecasan dan Mekanikal

  • Pengecasan AC dwiarah: 22 kW
  • Sistem Suspensi: Suspensi udara dengan penyerap hentak semi-aktif
  • Jarak brek 100-0 km/j: 35 meter
  • Pekali seretan: 0.27 Cd (EX60: 0.26 Cd)

Dimensi dan Kapasiti

  • Panjang: 4,811 mm (EX60: 4,803 mm)
  • Jarak roda: 2,970 mm
  • Lebar badan: 1,899 mm
  • Lebar termasuk cermin: 2,067 mm
  • Jarak kelegaan tanah: 193 mm – 234 mm (EX60: 178 mm)
  • Kapasiti bagasi belakang: 634 liter
  • Kapasiti bagasi maksimum: 1,647 liter
  • Kapasiti frunk hadapan: sehingga 85 liter
  • Berat kosong: 2,295 kg
  • Kapasiti tunda maksimum: 2,400 kg
Volvo Volvo EX60 Volvo EX60 Cross Country
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20 Bermula Esok

22/01/2026
Auto Terkini

LEPAS Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Sasar Debut Pasaran Separuh Pertama 2026

22/01/2026
Pengendali bas di Malaysia
Auto Terkini

APAD Bangunkan Pangkalan Data Lebih 60k Pengendali Bas, Lori

22/01/2026
Auto Terkini

MOT Cadang Tiga Pusat Beli Belah Jadi Hab Bas Ekspres KL-Singapura

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.