Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo dan Google Bekerjasama Bangunkan Sistem Infotainment Volvo Sensus
Roda4

Volvo dan Google Bekerjasama Bangunkan Sistem Infotainment Volvo Sensus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/05/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM Infotainment Volvo Sensus boleh disenaraikan sebagai antara teknologi hiburan terbaik yang semakin menjadi standard kereta masa kini. Skrin sentuh besar intuitif memberikan respon sangat pantas. Selain sedikit masalah ketika menghidupkan kereta, sistem Sensus hampir sempurna.

Volvo turut bekerjasama dengan Google untuk membangunkan sistem infotainment generasi baharu. Gergasi teknologi maklumat itu sebenarnya sudah pun memasuki industri automotif menerusi teknologi pemanduan automatik, tetapi teknologi infotainment kereta dilihat mampu menonjolkan potensi sebenar Google.

Menurut Volvo, sistem infotainment baharu itu dibangunkan berasaskan sistem operasi (OS) Android, dengan memuatkan ciri Google Assistant dengan kawalan suara, Google Play Store, Google Maps dan aplikasi Google lain. Sistem masa kini sudah pun menggunakan OS Android Auto dan Apple Car Play, tetapi sistem baharu ini bakal mengangkat ciri konektiviti ke tahap lebih tinggi. Malah, Google dan Volvo sedang bekerjasama untuk melengkapkan aplikasi itu pada setiap model jenama Sweden itu.

Berdasarkan maklum balas media antarabangsa selepas memandu uji Volvo XC60 (2018), ramai mengakui kagum dengan aplikasi yang ada dalam sistem tersebut. Kini, Google akan bekerja dengan Volvo untuk menambah ribuan aplikasi tambahan yang dapat dimuat turun dan dikemas kini melalui Play Store.

Memandangkan sistem infotainment Volvo Sensus dioperasikan OS Android, segala aplikasi yang dimuat turun dapat dikemas kini automatik, sama seperti fungsi telefon bimbit. Volvo juga belum mengumumkan apakah aplikasi istimewa yang ditawarkan dan berapa banyak pula fungsi kereta yang mampu dimanfaatkan.

BACA >>> 6 Fakta Pantas Tentang BMW X2 (2018), Lancar di Malaysia Hari Ini – Harga RM320k

Ramai bersetuju dengan idea sistem infotainment dikuasakan Google atas kemampuan melakukan arahan suara, sekali gus meringankan bebas fokus pemanduan. Volvo harus dipuji kerana menyedari betapa sistem infotainment dapat dibangunkan lebih baik jika membenarkan mana-mana syarikat teknologi mengambil alih. 

SUMBER: CarBuzz

Auto Terkini Google Assistant infotainment Roda4 Sistem Infotainment Volvo Volvo Sensus Volvo XC60 (2018)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.