• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Cars Malaysia Catat Jualan 1,384 Unit Sepanjang 2018, Meningkat 35 Peratus

Volvo Cars Malaysia Catat Jualan 1,384 Unit Sepanjang 2018, Meningkat 35 Peratus

February 5, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Cars Malaysia (VCM) mencatatkan peningkatan jualan 35 peratus sepanjang 2018, iaitu 1,384 unit kenderaan berbanding 2017 (1,021 unit). Rekod itu juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 48 peratus berbanding 2016 (934 unit).

Pertumbuhan kukuh itu disumbangkan model baharu, XC90 T8 Twin Engine selain XC90 T5, S90 T5, XC60 T5 dan XC40 T5 R-Design tahun lalu. Selain itu, pihak VCM turut mengeksport 1, 889 unit V40, XC40, S60, V60, XC60 dan XC90 ke Thailand, Taiwan, Filipina dan Vietnam.

BACA >>> Volvo Masuk Semula Pasaran Sarawak di Kuching Selepas Sedekad Menyepi

VOLVO KUCHING-5
VOLVO KUCHING-4
VOLVO KUCHING-1

Pertumbuhan positif itu ialah hasil pelan tranformasi dilakukan VCM seperti memperkenalkan pusat jualan Pengalaman Runcit Volvo (VRE) mengikut standard Skandinavia dan kualiti servis lebih baik. Selain itu, pengenalan Perjanjian Servis Volvo (VSA) tahun lalu dengan pakej penyelenggaraan komprehensif memberi pilihan kepada pemilik untuk memilih pelan VSA tiga atau lima tahun.

BACA >>> Pelaksanaan SST: Model Volvo CKD Kekal Harga Sama Seperti Kadar GST

Pengarah Urusan VCM,  Lennart Stegland berkata, tahun ini pengalaman pelanggan akan dipertingkat menerusi pengenalan konsep Pusat Servis baharu dinamakan Volvo Personalisasi  Servis (VPS) selain pengurusan stok alat ganti siap sedia, iaitu Inventori Pengurusan Volvo (VMI).

Volvo XC40 2019 Malaysia_PanduLaju_DSC09247
Pusat 3S Volvo Juru iRoll Auto
volvo-sst-bg

Dari aspek rangkaian Pusat Jualan, VCM memiliki 11 wakil jualan seluruh Malaysia dan tahun ini wakil pengedar itu merancang  menambah rangkaian pusat jualan, terutama di lokasi belum terjangkau.

BACA>>>Proton Agresif Mahu Capai Misi Sukses - Audit Kualiti Ikut Skor Rating Volvo

Stegland akan bersara bulan ini dan bakal digantikan Nalin Jain sebagai Pengarah Urusan VCM baharu. Nalin memiliki pengalaman 22 tahun dalam bidang automotif dan menyertai Volvo Cars sejak 2016 sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di Volvo Auto India. Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Universiti New York dan MBA dari MIT Sloan School of Management.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Pengalaman Runcit Volvo (VRE), Rekod jualan, S90 T5, Volvo, Volvo Car Malaysia, XC40 T5 R-Design, XC60 T5, XC90 T5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my