Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Cars Catat Hasil Lebih RM160b Sepanjang 2024
Auto Terkini

Volvo Cars Catat Hasil Lebih RM160b Sepanjang 2024

Abang HirataBy Abang Hirata07/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Januari lalu PanduLaju memaparkan prestasi jualan Volvo Cars sepanjang 2024 berjumlah 763,389 unit, iaitu peningkatan 8 peratus berbanding 2023.

Terbaharu Volvo memaklumkan 2024 juga mencatatkan rekod jualan runcit dan hasil (revenue) melebihi 400 bilion kr (Swedish Krono) atau RM162 bilion.

Logo Volvo
Logo Volvo

Pendapatan operasi berjumlah 22.3 bilion kr (RM9.06 bilion), meningkat 12 peratus daripada 19.9 bilion kr pada 2023.

Tiga Model Volvo Paling Laris Sepanjang 2024

Volvo XC60 Recharge T8
Volvo XC90 T8 2025
  1. XC60 – 230,853 unit (2023: 228,646 unit)
  2. XC40/EX40 – 173,890 unit (2023: 200,670 unit)
  3. XC90 – 108,621 unit (2023: 107,550 unit)

Berdasarkan angka di atas, bolehlah dilihat bagaimana Volvo XC60 yang dikeluarkan sejak 2018 dan XC90 yang lebih lama sejak 2015 masih mampu memikat pelanggan.

Walaupun keseluruhan jualan meningkat, prestasi di China yang menjadi pasaran kereta terbesar dunia menurun 8 peratus kepada 156,370 unit.

Di pasaran kedua terbesar, iaitu Amerika Syarikat (AS), jualan juga menurun 3 peratus (125,243 unit). Di Eropah lain pula, jualan melonjak 25 peratus (369,685 unit).

Prestasi 2024 vs 2023

  • Hasil: 400.2 bilion kr (RM162.60 bilion) | 399.3 bilion kr
  • Pendapatan Operasi (tidak termasuk JV dan syarikat berkaitan): 27.0 bilion kr (RM10.96 bilion) | 25.6 bilion kr
  • Pendapatan Operasi: 22.3 bilion kr (RM9.06 bilion) | (19.9 bilion kr)
  • Margin EBIT (tidak termasuk JV dan syarikat berkaitan): 6.8 peratus  | 6.4 peratus
  • Margin EBIT: 5.6 peratus | 5.0 peratus
  • Pendapatan Asas Sesaham: 5.17kr (RM2.1) | 4.38kr
  • Pegangan Jualan EV: 23 peratus | 16 peratus
  • Aliran Tunai Bebas: 1.1 bilion kr (RM0.44 bilion) | –9.0 bilion kr

Pencapaian 2024

  • Rekod jualan runcit 763,389 unit, hasil melebihi 400 bilion kr (RM162.5 bilion) buat kali pertama.
  • Keuntungan operasi teras (tidak termasuk JV dan syarikat berkaitan) mencapai 27 bilion kr (RM10.96 bilion), meningkat 6 peratus berbanding 2023.
  • Jualan kereta elektrik meningkat 54 peratus kepada 175,194 unit, mewakili 23 peratus daripada jumlah jualan global.
  • Gabungan jualan model elektrik dan hibrid plug-in (PHEV) menyumbang 46 peratus daripada jumlah jualan.
  • Melepasi sasaran CO₂ EU, menghasilkan lebihan kredit karbon EU untuk 2025.
  • Aliran tunai bebas bertambah baik kepada 1.1 bilion kr (RM0.44 bilion), yang didorong pengurusan tunai berdisiplin.

PROJEK 2025

Keadaan Pasaran
  • Jangkaan pasaran lemah disebabkan cabaran persaingan dan geopolitik.
Cabaran
  • Tekanan persaingan yang meningkat dan diskaun lebih tinggi dalam industri.
  • Kembali ke tahap pesanan kenderaan sebelum pandemik berbanding dua tahun sebelum ini. Tempoh penghantaran lebih singkat dan mempunyai cabaran tersendiri bagi separuh pertama 2025 dan akan ditangani.
  • Amortisasi lebih tinggi berikutan pengeluaran model baharu seperti EX90 dan ES90.
Strategi
  • Fokus pada kecekapan kos, pemeliharaan tunai dan pengurusan inventori
  • Terus melabur dalam barisan produk yang pelbagai dan seimbang dengan lima model baharu atau diperbaharui dilancarkan pada 2025
  • Merancang untuk mengatasi pertumbuhan pasaran antara 2023-2026 berdasarkan CAGR dan mencapai margin EBIT teras sebanyak 7-8 peratus
Jangkaan Kewangan
  • Menjangka aliran tunai bebas positif pada 2025, berbanding jangkaan aliran tunai bebas seimbang sebelum ini.
  • Cabaran menandingi jumlah jualan dan keuntungan 2024.
  • Kesan terhadap keuntungan akibat peningkatan amortisasi disebabkan oleh peningkatan pengeluaran kereta baharu seperti EX90 dan ES90 (dikhabarkan sebagai pengganti S90, foto atas kanan).
Matlamat Jangka Panjang
  • Mengukuhkan kedudukan dalam pasaran EV.
  • Mencapai aliran tunai bebas yang kukuh dan positif bermula dari 2026 berikutan kitaran pelaburan menurun.
  • Menghadapi ketidaktentuan kitaran, struktur, transformasi, dan geopolitik sambil mengekalkan disiplin dan kecermatan.
Auto Terkini Prestasi Volvo Cars 2024 Volvo Volvo Cars
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.