Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Tiguan (2017) Buka Tempahan, Harga RM149k – RM169k
Auto Terkini

Volkswagen Tiguan (2017) Buka Tempahan, Harga RM149k – RM169k

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini membuka tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Volkswagen Tiguan serba baharu (2017). Model dipasang di Pekan, Pahang itu dijangka ditawarkan pada harga sangat menarik antara RM149,000 dan RM169,000 apabila dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Volkswagen Tiguan (2017) berada dalam segmen sama dihuni oleh Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail. Lebih menarik, VPCM menawarkan RM7,000 kepada pelanggan terawal Tiguan dalam jumlah terhad.

Berbanding model lama, Volkswagen Tiguan (2017) lebih panjang, lebar dan rendah serta elegan yang tampak menyerlahkan sisi kuasa dan autoriti. Tidak hairan rekaan Tiguan (2017) diiiktiraf sebagai Rekabentuk Terbaik Jerman 2017.

DUA VARIAN

Ada dua varian Tiguan (2017) ditawarkan, Comfortline dan Highline.  Kedua-dua varian menggunakan enjin 1.4L TSI dan dipadankan transmisi anjakan terus (DSG) 6-kelajuan yang mampu menghambur kuasa mengagumkan, 148hp dan tork 250Nm pada putaran enjin antara 1,500 hingga 3,500rpm. Diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Tiguan (2017) menawarkan penjimatan bahan api luar biasa iaitu  6.7L/100km*.

Rekaan dalaman Tiguan (2017) masih mengekalkan standard seperti model premium Volkswagen lain dengan tahap keselesaan dan kemewahan berkualiti. Antara ciri diberikan ialah Paparan Info Aktif (Active Info Display), sistem infotainment Discover Media bersaiz 8-inci dan sistem penyaman udara Climatatronic 3-zon.

Pembeli boleh memilih lima opsyen warna – Pure White (putih), Deep Black (hitam), Atlantic Blue (biru), Tungsten Silver (perak) dan Indium Grey (kelabu). Mereka yang ingin melihat secara dekat model baharu Volkswagen ini dijemput mengunjungi Siri Jelajah Jualan Volkswagen yang berlangsung di New Wing pusat membeli-belah  1Utama yang sudah bermula sejak 1 Mac lalu.

GALERI

KREDIT FOTO: Car Scoops

1 Utama Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Volkswagen Volkswagen Tiguan (2017) Volkswagen Tiguan 1.4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.