Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Tayron, ‘Ganti’ Tiguan Allspace, 5/7 Tempat Duduk, Enjin Sekecil 1.5L Turbo!
Auto Terkini

Volkswagen Tayron, ‘Ganti’ Tiguan Allspace, 5/7 Tempat Duduk, Enjin Sekecil 1.5L Turbo!

Abang HirataBy Abang Hirata24/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERTEMBUNGAN kenderaan utiliti sukan (SUV) bukan sahaja dengan kereta sedan tetapi juga kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sebagai contoh, cuba lihat barisan model yang ditawarkan pengeluar di mana MPV digugurkan manakala SUV tujuh tempat duduk terus ditawarkan atau diperkenalkan.

Pengeluar Jepun masih tegar mengeluarkan MPV manakala pengeluar Eropah pula mengimbanginya dengan menawarkan versi penumpang dan perdagangan selain versi kamper.

Pada September 2023 Volkswagen memperkenalkan Tiguan generasi keempat dan berdasarkan generasi ketiga, model Allspace dengan tujuh tempat duduk akan menyusul.

Tradisi tersebut masih diikuti tetapi bukan lagi Tiguan Allspace. Terbaru Volkswagen memperkenalkan Tayron generasi kedua sebagai model global dan dengan pilihan lima atau tujuh tempat duduk.

Keadaan sebenar bukan ganti tetapi Tiguan Allspace digugurkan dan ruang tersebut diambil Tayron yang dijadikan model global.

Tayron generasi pertama dikeluarkan pada 2018 untuk pasaran China dan menariknya mempunyai varian coupé iaitu Tayron X.

Tayron baharu diletakkan di antara Touareg (kelas premium) dan Tiguan (kelas saiz pertengahan).

Dari segi rekabentuk, saiznya yang panjang nampak menyerlah dan VW banyak bermain dengan lekukan dan bucu lembut yang sudah dimulakan pada generasi pertama lagi. Tiguan baharu juga begitu.

Walaupun nampak panjang dan besar, pekali seretan (Cd) hanya 0.28 dan model hibrid plug-in dianggarkan boleh dipandu dalam mod elektrik sehingga 100 kilometer (km).

Tayron dibangunkan dan direka di Wolfsburg, Jerman dan dikeluarkan di tempat yang sama. Tayron turut menggunakan teknologi Touareg seperti lampu besar matrik IQ.LIGHT HD interaktif dan sudut urutan tekanan pnuematik sepuluh camber (kebuk).

Ciri-ciri Volkswagen Tayron 2025:

Ukuran

  • 4,792 (p) x 1,660 (l) x 1,852 (t) mm – SUV VW kedua terbesar di Eropah.
  • Jarak roda: 2,791 mm.
  • Tiguan: 4,539 (p), 2.677 (jr) mm.
  • Touareg: 4,902 (p), 2.904 (jr) mm.
  • Ruang bagasi: sehingga 885 liter (lima tempat duduk).

Varian

Tayron Life

  • Penyaman udara automatik 3 zon.
  • 10 nyalaan warna lampu latar belakang.
  • 9 beg udara.
  • Kawalan Pengalaman Pemanduan (kawalan untuk profail pemanduan termasuk profail pacuan semua roda bagi model 4MOTION).
  • Logo depan dan belakang VW yang bernyala.
  • Meter pemandu digital.
  • Lampu besar LED dengan kawalan lampu tinggi automatik (Bantuan Lampu).
  • Bidai matahari.
  • Rim aloi 17 inci.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi, Bantuan Lorong, Bantuan Depan, Park Assist Plus, Paparan Isyarat Jalan Raya Dinamik, Sistem Amaran Keluar (dari kereta).

Tayron Elegance dan R-Line (varian teratas)

  • Cermin tepi keselamatan dengan lapisan penebat bunyi.
  • But elektrik.
  • Park Assist Pro dengan fungsi memori dan kawalan jauh.
  • Kerusi balutan ArtVelours Eco  (mikrofiber).
  • Akses penguncian tanpa kunci dan sistem penghidup.
  • Rim aloi 18 inci.
  • Kerusi sport balutan ArtVelours Eco, balutan ArtVelours Eco pada panel papan pemuka dan pintu, trim gaya aluminium, bampar khas, rim 19 inci (Tayron R-Line).
  • 30 nyalaan lampu latar belakang.
  • Lampu besar LED Plus dengan lampu pembelokan dinamik.
  • Lampu belakang 3D dengan tetapan animasi.

Rangkaian kuasa

eHybrid – hibrid plug-in

  • Dua pilihan hibrid plug-in.
  • 1.5 TSI evo2 turbo petrol 4 silinder dengan motor pacuan elektrik – 204 ps, 350Nm dan 272 ps, 400Nm.
  • Bateri 19.7 kWj.
  • Kuasa pengecasan sehingga 11 kW (AC), 50 kW (DC).
  • Kotak gear DSG 6-kelajuan
  • Jarak pemanduan 100 km (anggaran).

eTSI – hibrid ringan

  • 1.5 TSI evo2 – 150 ps, 250 Nm.
  • Sistem hibrid ringan 48V.
  • Active Cylinder Management (ACTplus – nyah aktif silinder).
  • Sistem brek regeneratif.
  • Kotak gear DSG 7-kelajuan.

TSI dan TDI (petrol dan diesel turbo)

  • 2.0 TSI evo4.
  • 2.0 TDI evo2 – 193 ps, 400Nm@1,750 – 3,250 rpm, 4MOTION.
  • Kotak gear DSG 7-kelajuan.

Pakej khas

  • Light – Tayron Life.
  • Family – Semua varian.
  • Black Style – R-Line.
  • Pakej berasingan: Leather, Design, Comfort, HD Light, Infotainment, Winter, Assist.

Kelengkapan pilihan

  • Sistem ampaian DCC Pro.
  • Lampu besar matrik IQ.LIGHT HD.
  • Sistem bantuan suara IDA dengan ChatGPT.
  • Bumbung suria panoramik.
  • Sistem bunyi Harman Kardon.
  • Pakej balutan kulit, kerusi larasan elektrik ergoActive Plus dengan fungsi urutan dan pengudaraan.
  • Bantuan Perjalanan/Pemanduan (Travel Assist).

Jualan awal buat pelanggan di Eropah sudah pun bermula dan ditawarkan pada harga 45,475 euro (RM213,664) untuk Tayron eTSI Life 150 ps.

Volkswagen Tayron R-Line 2025:

Volkswagen Tayron 2025:

HD matrix module
Seat air conditioning
Seat massage function
Tayron DCC Pro
Tayron eHybrid
Tayron package
Volkswagen Volkswagen Tayron vw VW Tayron
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.