Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen T6.1 (2019), Van Komersial Versi Lebih Elegan dan Canggih!
Roda4

Volkswagen T6.1 (2019), Van Komersial Versi Lebih Elegan dan Canggih!

Abang HirataBy Abang Hirata25/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN Volkswagen bukan setakat kereta penumpang daripada Polo hingga Jetta yang kita biasa lihat di atas jalan saja. Masih ingat Kombi? Di Eropah generasi van tersebut masih diteruskan sampai hari ini dan diuruskan Volkswagen Commercial Vehicles.

Walaupun pelbagai nama timangan diberikan, generasi van itu lebih mudah dikenali dengan kod nama T1 hingga T6. Jika nama rasmi pula, van Volkswagen dikenali sebagai Bulli, Transporter, Caravelle, Multivan dan California. Semua van tersebut laku keras, daripada T1 hingga T6 hampir 12 juta unit laris dijual.

BACA >>> Volkswagen Bakal Tampilkan Semula Buggy Pantai Era 60-an dalam Bentuk EV!

Sementara Volkswagen mengeluarkan van generasi baharu berkuasa elektrik, muncul pula van terbaharu dikenali T6.1.

T6 ialah generasi keenam siri van T dan dikeluarkan pada 2015. Bagi versi T6.1, Volkswagen menaik taraf T6 dengan menjadikan ia van yang dilengkapi fungsi digital dan konektiviti serta pelbagai teknologi canggih lain seperti sistem bantuan pemanduan, meter digital dan sistem infotainment berserta kad SIM yang membolehkan pengguna mengakses dunia atas talian.

Penaiktarafan itu turut merangkumi bahagian luaran dan dalam, termasuk enjin TDI (diesel) terkini berkuasa daripada 88hp hingga 197hp.

CIRI VOLKSWAGEN T6.1

  • Sistem Bantuan Angin Lintang – Stereng hidraulik asal digantikan sistem elektromekanikal. Sistem Bantuan Angin Lintang menstabilkan kereta secara automatik apabila melalui kawasan angin lintang.
  • Brek dan Stereng Automatik – T6.1 dilengkapi Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Parkir dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Bantuan Treler (TA) – Teknologi ini menggabungkan fungsi Bantuan Parkir, stereng berkuasa elektromekanikal dan kamera undur. Trailer Assist membantu van mengundur jika ada menunda treler di belakang.  Bagi menggerakkan treler ke kanan, pemandu perlu pusing stereng ke kiri.  Hanya tetapkan sudut mengundur dengan memusingkan tombol khas mengikut pelaras cermin luar. Tombol menjadi joystik dengan paparan dalam van. Selepas semua ditetapkan, sistem van akan megambil alih tugasan stereng untuk mengundurkan van.
  • Kokpit Digital dengan Paparan 10.25 inci – Paparan digital 10.25 inci menjadi ciri standard untuk varian Multivan Highline, memang canggih untuk kenderaan dalam segmen van.
  • Pelbagai maklumat boleh diakses daripada meter digital selain spidometer, iaitui buku telefon pintar, peta navigasi dan storan media. T6.1 turut dilengkapi sistem MIB3 (modular infotainment matrix generasi ketiga).
  • Sistem infotainment dengan Kad SIM Bersepadu – Sistem dikenali eSIM ini menghubungkan pengguna dengan dunia Internet.
  • eCall – berfungsi menghantar lokasi kenderaan ke pusat respon kecemasan secara automatik sekiranya berlaku kemalangan dan menghidupkan sambungan suara. Pemandu juga boleh menggunakan khidmat radio Internet dan strim muzik.

FAKTA ENJIN VOLKSWAGEN T6.1

  • Dua varian enjin: 2.0L turbodiesel (2.0 TDI) dan 2.0 TDI Biturbo.
  • Ada empat peringkat kuasa: 88hp (standard), 108hp, 148hp dan 197hp (TDI Biturbo).
  • Enjin 148hp boleh ditempah dengan transmisi DSG dan pacuan semua roda (AWD) 4MOTION (manual atau DSG).
  • Enjin 197hp dilengkapi transmisi standard DSG dan pilihan pacuan 4MOTION.

Selain enjin konvensional, VW turut menawarkan pilihan teknologi sifar emisi, hasil kerjasama dengan ABT. Gabungan output kuasa 82kW (110hp) dan kapasiti bateri 38.8 kWh atau 77.6 kWh, VW T6.1 versi elektrik ini boleh dipandu hingga 400km (standard NEDC) yang menjadikan ia kenderaan ideal untuk tugas komersial di persekitaran bandar.

Maaf kata, jika anda kagum dengan Toyota Hiace baharu, VW T6.1 ini juga harus diberikan perhatian dan inilah saingan sebenar di pasaran Eropah!

BACA >>> Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan

Roda4 Van Komersial Van Komersial Ringan Volkswagen Volkswagen Commercial Vehicles Volkswagen T6.1 vw VW T6.1
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    11/03/2026
    Roda4

    Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    11/03/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

    11/03/2026
    Zeekr 7X lancar di Menara KL
    Auto Terkini

    Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.