Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Sediakan Bajet Pemasaran RM7.1 Bilion Menjelang 2020
Auto Terkini

Volkswagen Sediakan Bajet Pemasaran RM7.1 Bilion Menjelang 2020

Abang HirataBy Abang Hirata30/11/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBIASAANNYA, pengguna awam seperti kita hanya dapat melihat sesebuah model kereta itu selepas ia siap. Sebaliknya, dari kaca mata mereka yang terlibat dalam industri, pelbagai perkara perlu difikirkan seperti kos, kerja kejuruteraan, pengedaran dan sebagainya hingga kepada fasa pembuatan yang bukan saja perlu menarik di mata, tetapi jatuh di hati.

Produk yang bagus, tetapi gagal memikat hati pengguna ialah perkara paling tidak diharapkan berlaku.  Ini sering terjadi apabila sesebuah produk itu hadir dengan pelbagai spesifikasi mantap, tetapi kalah dengan produk pesaing berjenama lebih kuat.

BACA >>> Microbus Kembali! Volkswagen I.D. Buzz Sah Masuk Pasaran Menjelang 2022

Salah satu cara mengatasi masalah ini ialah pemasaran dan penjenamaan. Realitinya begitu kerana pembabitan dalam bisnes seperti ini memang ‘makan modal’. Berapakah pula perbelanjaan pemasaran Volkswagen sebagai salah satu pengeluar terbesar dunia?

Jawapannya, 10 angka atau bersamaan €1.5 bilion (RM7.1 bilion).

BAKAL UBAH STRATEGI PEMASARAN


Menjelang 2020, Volkswagen mahu meningkatkan kecekapan pemasaran hingga 30 peratus dan pada masa sama mahu mengekalkan belanjawan pemasaran sekitar €1.5 bilion (RM7.1 bilion). Belanjawan besar bukan bermakna pengeluar dari Jerman itu mahu berbelanja sesuka hati, tetapi mahu menyusun semula bagaimanakah cara ia dibelanjakan.

Misalnya, Volkswagen akan meningkatkan pembahagian digital pada saluran media sebanyak 50 peratus menjelang 2020 berbanding 25 peratus pada 2015. Ragam pengguna sudah berubah dan begitu juga cara berbisnes, dengan kos promosi kempen seperti filem atau pengiklanan bakal ditambah lima kali ganda.

Lebih mengejutkan, Volkswagen pada masa akan datang mahu mengurangkan rangkaian global media daripada 40 kepada hanya tiga agensi utama saja. Kumpulan Omnicom akan bertanggung jawab untuk pasaran Eropah dan Amerika Selatan, WPP untuk Amerika Utara, Cheil pula menguruskan pasaran China.

Bermula 2019, Volkswagen akan memusatkan aktiviti pemasaran di rantau tersebut kepada organisasi besar yang bakal ditubuhkan di Berlin, New York, São Paulo dan Beijing.

Perubahan dalam pemasaran juga akan ditumpukan kepada empat bahagian utama seperti di bawah:

  1. Produk – Fokus 2019 ialah Golf generasi ke-8 dan model baharu ID.
  2. Platform Digital – Platform jualan dalam talian yang mana pelanggan boleh membeli dan menguruskan fungsi on-demand untuk kenderaan konektiviti pada masa depan. Seramai 360 juta pelawat dijangka melayari laman web pada 2020 sahaja, iaitu 70 peratus lebih tinggi berbanding 2015.
  3. Platform Penjenamaan Baharu – Kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) dan UEFA memerlukan pendekatan baharu dalam pemasaran.
  4. Penjenamaan Baharu – Program ini memberikan nafas baharu dan memodenkan penampilan Volkswagen untuk  tahun depan.

Melalui empat organisasi besar itu, setiap satu agensi akan menghimpunkan staf paling kreatif di bawah satu bumbung. Dalam satu-satu projek, ada kira-kira 100-200 staf akan saling bekerjasama dalam kempen bersepadu yang menggunakan kaedah silang fungsi dan pembangunan strategi hingga kepada pelaksanaan dan pengedaran. Kaedah ini dipercayai dapat menggerakkan kempen secara global.

Pada masa depan, komunikasi secara terus antara VW dan pelanggan akan diuruskan melalui identiti peribadi mulai 2020. Cara ini dapat menjadikan pengalaman pelanggan lebih terperinci dan holistik.

Hebat dan teliti bukan? Ini dipanggil pengurusan dengan rekabentuk atau management by design.

BACA >>> T-Cross – Taruhan Baharu Volkswagen untuk Segmen SUV Subkompak

VW I.D. BUZZ jelmaan semula VW Combi
VW I.D. BUZZ jelmaan semula VW Combi
Volkswagen vw
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.