• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Paling Laris di Dunia, Tetapi Toyota Nombor Satu di 49 Negara

Volkswagen Paling Laris di Dunia, Tetapi Toyota Nombor Satu di 49 Negara

July 16, 2017 By Azhan O Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 2016, Volkswagen menewaskan Toyota sebagai pengeluar automobil paling laris di dunia. Namun, jika anda melihat angka jualan tahun lalu secara lebih mendalam, Toyota sebenarnya ialah jenama pengeluar paling laris di 49 negara.

Berdasarkan infografik disediakan di bawah oleh Regtransfers di Britain, kita dapat lihat pengaruh Toyota masih mencengkam kuat di beberapa rantau dunia seperti Amerika Latin, Asia dan Afrika serta menguasai rekod jualan tertinggi di banyak negara, termasuk Costa Rica, Uganda, Angola, Tanzania, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Indonesia dan Australia.

VW CATAT JUALAN TERTINGGI, TETAPI CUMA NO 1 DI 14 NEGARA

Mengejar di belakang Toyota ialah Volkswagen dengan menguasai carta jualan hanya di 14 negara yang rata-ratanya bertumpu di Eropah, termasuk Switzerland, Belgium, Belanda, Sweden, Jerman, Croatia dan Belarus.

Di tempat ketiga pula dimiliki Ford yang mempunyai kubu kuat di pasaran seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada dan New Zealand. Renault dan Skoda pula di kedudukan keempat dengan mengungguli pasaran di enam negara, manakala Dacia dan Fiat berada di tangga kelima dengan masing-masing menguasai pasaran lima negara berbeza.

pengeluar-paling-laris-ikut-negara-2016
pengeluar-paling-laris-2016-bg
pengeluar-paling-laris-ikut-negara-2016-ii

SUMBER: Car Scoops

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, jenama pengeluar automotif paling laris 2016, pengeluar paling laris 2016, Toyota, Toyota paling laris 2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev