Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Malaysia Umum Harga Baharu Kenderaan, Jimat Hingga Lebih RM9k!
Auto Terkini

Volkswagen Malaysia Umum Harga Baharu Kenderaan, Jimat Hingga Lebih RM9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/06/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan senarai harga baharu kenderaannya tanpa cukai jualan berkuat kuasa 15 Jun hingga 31 Disember tahun ini.

Harga baharu itu adalah susulan insentif diberikan Kerajaan kepada industri automotif tempatan seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pasca krisis Covid-19 menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Model Volkswagen versi pemasangan tempatan terdiri daripada Polo, Vento, Tiguan dan Passat, manakala model import penuh (CBU) adalah barisan famili Golf membabitkan R-Line, GTI dan R.

Menerusi pengecualian cukai jualan, pelanggan kini boleh mendapatkan penjimatan hingga RM3,881 untuk Tiguan, RM6,133 (Passat) dan RM4,884 (Golf R-Line).

BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pengecualian cukai jualan memberi manfaat kepada pelanggan, manakala Volkswagen sentiasa menawarkan kejuruteraan Jerman mampu milik kepada rakyat Malaysia.

“Berita baik ini memberikan penjimatan kepada pelanggan dan membantu memacu sektor automotif yang tergendala ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Selain itu, pelanggan Volkswagen juga boleh menikmati promosi dan servis ditawarkan seperti ansuran percuma enam bulan untuk Tiguan hingga 30 Jun ini, rebat atas talian ekslusif di Volkswagen eShowroom dan servis penghantaran ke rumah percuma.

Semua model Volkswagen didatangkan dengan pakej servis percuma 3 tahun, waranti kilang 5 tahun dan bantuan jalanan 5 tahun.

BACA>>>Volkswagen Tiguan – Nampak Biasa Tapi Luar Biasa, Sudah 5 Juta Unit Terjual Sejak 2007

SENARAI HARGA TERKINI MODEL VOLKSWAGEN TANPA CUKAI JUALAN

* Harga tidak termasuk insurans dan pendaftaran

Auto Terkini Cukai cukai jalan Erik Winter Harga Baharu Volkswagen Tanpa Cukai Jualan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Volkswagen Volkswagen eShowroom Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Volkwagen Tiguan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.