Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen ID. Code Bayangan SUV Baharu Untuk China, Sedia Untuk Pemanduan Autonomi Tahap 4
Auto Terkini

Volkswagen ID. Code Bayangan SUV Baharu Untuk China, Sedia Untuk Pemanduan Autonomi Tahap 4

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERSAINGAN kenderaan elektrik (EV) di China memang sengit. Pengeluar kereta walaupun sudah lama bertapak perlu berbuat sesuatu.

EV dari pengeluar China membawa dua elemen iaitu rekabentuk lari daripada kebiasaan dan teknologi.

Lihat sahaja rekabentuk EV China yang berjaya membentuk kelompok tersendiri selain teknologi elektrik yang canggih.

Tidak mahu menjadi pemerhati dan bergantung kepada legasi, Volkswagen tampil dengan model konsep ID. CODE yang membayangkan kenderaan utiliti sukan (SUV)) generasi baharu.

ID. CODE menggunakan bahasa rekabentuk baharu dan model konsep ini dibangunkan khusus untuk pelanggan di China.

ID. CODE lebih kepada model Gran Turismo (GT) berbanding SUV dalam kelompok lima meter.

Selain rekabentuk, ID. CODE canggih dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemanduan autonomi Tahap 4.

Tiga tiang rekabentuk

Bahagian luar dengan gaya kemas dan atlektik ID. CODE membawa strategi rekabentuk baharu VW yang ditakrifkan oleh Ketua Rekabentuk, Andreas Mindt berdasarkan tiga tiang berikut:

  • Kestabilan – Penuh dengan tenaga. Gabungan rekaan slick dan kabin sporty dan dengan gerbang lingkungan roda yang menonjol dan menyerlahkan kedudukan stabuk di atas jalan. Rekaan pillar C yang ikonik pada Golf pertama diberi makna baharu dan dijadikan pillar D pada ID. CODE.
  • Likeability – Rupa depan yang tersenyum! Dengan rekaan kereta hari ini tampil garang, rupa depan ID. CODE mengukir senyuman.
  • Secret sauce (ciri khas kejayaan) – Menginspirasikan. ID. CODE hadir sebagai sebuah SUV dengan badan anggun dan bentuk yang kemas. Sistem lampu dengan ciri mata berkelip secara interaktif merupakan ciri khas yang menghidupkan kereta ini. Interaksi janaan AI turut membolehkan komunikasi di antara mesin dengan manusia pada tahap baharu.

Autopilot Tahap 4

  • Direka secara sistematik untuk pemanduan autonomi Tahap 4.
  • Di dalam mod autonomi, pemandu boleh menjadi penumpang dan melakukan kegiatan lain seperti membaca, bersembang, melayari internet dan pelbagai lagi.
  • VW menyepadukan pelbagai teknologi seperti sensor, lampu, kamera dan sistem skrin paling canggih dan membolehkan komunikasi dengan sekeliling.
  • Selain bateri, tenaga dibekalkan sistem fotovolta pada bumbung lutsinar.

Interaksi dengan pemandu dan sekeliling

  • Kereta VW pertama yang boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan sekeliling melalui bahagian luar kereta.
  • ID. CODE dilengkapi sistem lampu pintar di depan atau Light Cloud dengan 3D Eyes (bahagian bawah bonet) yang interaktif dan skrin LED separa telus di depan.
  • Sistem menjadi aktif apabila pemandu atau pengguna yang disahkan menghampiri kereta.
  • Kereta akan memainkan tanda selamat datang secara visual dan akustik dan menyediakan maklumat ramalan cuaca dalam tempoh dua jam seterusnya.
  • Di dalam mod pemanduan autonomi Tahap 4, sistem lampu depan dan lampu belakang yang turut dilengkapi 3D Eyes berinteraksi dengan pengguna jalan raya lain untuk keselamatan tambahan.


Kereta sebagai avatar

  • Kereta menjadi peneman pemandu.
  • Smart Windows dengan paparan khas pada permukaan tingkap sisi.
  • Sebaik sahaja pemandu menghampir, avatar bantuan AI akan muncul pada cermin dan menyediakan maklumat atau memperingatkan untuk menyediakan payung sekiranya terdapat ramalan hujan.
  • Avatar sama digunakan pada bahagian dalam kereta sebagai peneman pemandu dan membantu. Turut menyediakan maklumat kepada penumpang.

Ruang tamu bergerak

  • Bahagian dalam boleh diubah dan dilengkapi sambungan internet.
  • Menggunakan bahan mesra alam dan bebas haiwan.
  • Sistem bunyi premium, pencahayaan dan penyaman udara untuk perjalanan selesa ala pesawat peribadi.
  • Permukaan cermin menjadi pentas untuk avatar dan paparan lain.
  • Kerusi yang boleh disesuaikan mengikut mod pemanduan.
  • Stereng yang boleh dilipat ke dalam kokpit untuk ruang tambahan bagi memusingkan kerusi depan sebanyak 180 darjah.
Volkswagen Volkswagen ID. Code vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.