Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Golf R Black Edition (2025) Dengan Gaya Gelap, Lebih Eksklusif Daripada Golf R
Auto Terkini

Volkswagen Golf R Black Edition (2025) Dengan Gaya Gelap, Lebih Eksklusif Daripada Golf R

Abang HirataBy Abang Hirata08/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEPADA peminat varian berprestasi Golf, bergembiralah kerana Golf GTI, Golf GTI Clubsport dan terbaru Golf R masih mengekalkan enjin 2.0 liter turbo tanpa hibrid penuh atau pun hibrid ringan (mild hybrid).

Bukan sahaja Volkswagen telah memperkenalkan trio tersebut tetapi turut tampil dengan model eksklusif Golf R Black Edition.

Model itu tampil dengan lencana VW dan logo R lebih gelap, kaliper brek R hitam dengan logo R gelap, rim 19 inci Estoril dan muncung ekzos hitam.

Lampu IQ.LIGHT LED matrix juga lebih gelap. Pakej R-Performance yang merupakan pilihan untuk model lain dijadikan ciri standard.

Volkswagen R merupakan jenama berprestasi premium dan telah menawarkan pelbagai model istimewa sejak lebih dua dekad lalu.

Sejarah kejayaan Golf R bermula pada tahun 2002 melalui Golf R32 dan bersambung dengan empat pengganti dan kini telah terjual melebihi 250,000 unit.

Buat peminat VW dan Golf, naikkan peruntukan pembelian dan dapatkan Golf R!. Model 2025 tampil dengan rekaan lebih garang dan perkakasan R yang dipertingkatkan.

Volkswagen Golf R 2025:

  • Lampu besar LED Plus.
  • Logo VW bercahaya.
  • Tirai udara pada bampar.
  • Gugusan lampu LED belakang baharu.
  • Pilihan rim Warmenau 19 inci – 8 kg setiap unit dan prestasi penyejukan brek yang cekap.
  • Digital Cockpit Pro dengan paparan skrin 26 cm.
  • Paparan khas Sport Skin dengan grafik rev bulat khas dan R-View dengan paparan RPM melintang.
  • Paparan infotainment 32.8 cm – paling besar yang ditawarkan pada model VW.
  • Paparan skrin sentuh dengana grafik dan struktur menu baharu.
  • Sistem bantuan suara IDA dengan fungsi ChatGPT.
  • Tahap tindak balas panel kawalan pada stereng dipertingkat.
  • Pilihan balutan kulit nappa warna hitam dengan riasan ala karbon dan warna biru.
  • Pilihan perkakasan dalaman karbon sebenar.

Dari segi prestasi, enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 333 ps dan tork 420Nm atau 13 ps dan 20Nm lebih tinggi berbanding model sebelum ini.

Enjin dipadan bersama kotak gear DSG tujuh kelajuan dan pacuan semua roda 4MOTION dengan sistem R-Performance Torque Vectoring.

Sistem itu mempertingkatkan kestabilan pemanduan dan kelincahan dengan membahagikan kuasa enjin kepada roda belakang secara berasingan untuk mengoptimumkan prestasi di selekoh.

Kelajuan tertinggi 250 kilometer sejam (kmj) boleh dinaikkan kepada 270 kmj melalui pakej pilihan R-Performance.

Seperti yang dinyatakan, Black Edition sudah lengkap dengan pakej R-Performance.

Ciri-ciri pakej R-Performance:

  • Kelajuan tertinggi 270 kmj.
  • Dua mod tambahan; Drift dan Special.
  • Mod Special dibuat mengikut keadaan litar Nürburgring Nordschleife.
  • Spoiler belakang lebih besar untuk daya mendap lebih tinggi.
  • Digital Cockpit Pro dengan paparan pemasa pusingan GPS dan meter G.

Pengurus Dinamik Kenderaan (Vehicle Dynamics Manager):

  • Kawalan Casis Adaptif (DCC) – standard untuk Golf R pasaran Jerman.
  • Berfungsi dengan bertindak balas kepada permukaan jalan dan keadaan pemanduan secara berterusan melalui pelbagai input seperti stereng, pembrekan dan pecutan.
  • Perkakasan dinamika sisi (lateral) dikoordinasi dan dioptimumkan.
  • Sentiasa menyediakan keselesaan pemanduan dan dinamika pemanduan tahap tertinggi.
  • Memberi keseimbangan di antara pemanduan harian dan pemanduan sporty pada setiap masa.

Selain prestasi dan gayaan menonjol, VW turut menawarkan kepada pelanggan yang mahu model lebih praktikal iaitu Golf R Variant (wagon). Ruang simpanan belakang seluas 1,642 liter dengan kerusi dibaringkan.

Harga:

  • Golf R: €53,795 (RM274,222).
  • Golf R Variant: €55,065(RM280,746).
  • Golf R Black Edition: €58,440 (RM297,954).

Jualan untuk pelanggan di Jerman bermula pada 3 Julai 2024.

Volkswagen Golf R Black Edition 2025:

Volkswagen Golf R 2025:

Volkswagen Golf R Variant 2025:

Volkswagen Golf Volkswagen Golf R Volkswagen Golf R 2025 Volkswagen Golf R Black Edition Volkswagen Golf R Variant Volkswagen Golf R Variant 2025 vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.