Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf GTI 2024 Facelift dengan Sistem Audio Harman Kardon dan HUD, Harga RM252k
Roda4

Volkswagen Golf GTI 2024 Facelift dengan Sistem Audio Harman Kardon dan HUD, Harga RM252k

FikriBy Fikri05/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf GTI 2024 versi naik taraf (facelift) yang dilengkapi sistem audio Harman Kardon dan paparan dongak (HUD) pada harga RM252,990.

Hot-hatch ikonik ini hadir enjin 2.0 TSI turbo berkuasa 243hp (245ps) dan tork 370Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) DSG 7-kelajuan klac basah.

Model ini menampilkan gril depan sarang lebah (honeycomb) dan trim GTI merah yang sinonim dengan jenama itu. Bahagian roda dipasangkan rim aloi Richmond 18 inci, dengan kaliper brek merah, berserta lampu LED penuh.

Juga dilengkapi teknologi bantuan pemandu IQ.DRIVE yang terdiri daripada ciri Bantuan Travel (Travel Assist) dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi (Side Assist) dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Bantuan Depan (Front Assist) dengan ciri seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB).

Sistem Bantuan Lorong (Lane Assist) menggunakan sensor kamera untuk membantu pemandu kekal dalam laluan memandu yang betul.

Sekiranya kenderaan dipandu memasuki lorong lain tanpa mengaktifkan lampu signal belok, sistem secara automatik akan membetulkan semula stereng untuk kembali ke lorong asal. Sebagai tambahan, ciri Panduan Lorong Adaptif (Adaptive Lane Guidance, ALG)  berfungsi memastikan kereta kekal dalam lorong mengikut garisan jalan dan karakteristik pemanduan.

Ciri HUD memaparkan pelbagai maklumat penting pada sudut pandang pemandu di atas papan pemukan. Antara maklumat penting dipaparkan ialah spidometer, navigasi GPS, dan indikator amaran.

Sistem audio premium Harman Kardon 480W dengan 10 unit pembesar suara memberikan pengalaman bunyi keliling akustik terbaik sepanjang dalam kabin.

Volkswagen Golf GTI 2024 facelift ini hadir dengan servis percuma lima tahun, dan waranti tanpa had perbatuan dan bantuan jalanan, juga lima tahun.

VPCM kini memulakan program jelajah Volkswagen pertama tahun ini, bermula di Pulau Pinang. Jelajah itu akan bermula pada 4 hingga 7 Januari ini di pusat beli-belah Queensbay Mall.

Antara model dipamerkan ialah Volkswagen Golf GTI 2024 facelift ini, Arteon R-Line, Golf R dan Tiguan Allspace R-Line. Sesi Pandu uji juga disediakan sepanjang jelajah berlangsung.

Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua bilik pameran sah Volkswagen seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari laman web www.volkswagen.com.my/the-all-new-golf/golfgti.

Auto Terkini Golf GTI Harman Kardon hot-hatch IQ. Drive Roda4 Volkswagen Golf GTI Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.