Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu dengan Rekabentuk Tegap 8-kerusi
Roda4

Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu dengan Rekabentuk Tegap 8-kerusi

Abang HirataBy Abang Hirata05/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLKSWAGEN of America memperkenalkan Volkswagen Atlas 2027 serba baharu di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS).

Kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kedua itu dibina susulan kejayaan model asal dengan rekabentuk lebih menyerlah dan teknologi lebih pintar.

SUV jenama Jerman itu dipasang di Chattanooga, Tennessee yang menggaji kira-kira 4,000 tenaga kerja, sekali gus menyumbang kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Volkswagen Atlas 2027 7-kerusi dan Volkswgen Atlas Cross Sport 5-kerusi menyumbang 30 peratus jualan pada 2025.

Trenkuasa, Prestasi

Walaupun berada pada era elektrifikasi, Volkswagen Atlas 2027 dikuasakan enjin petrol 2.0L turbo, tetapi VW tetap merancang mempunyai varian hibrid yang akan diperkenalkan kelak.

SUV itu dibina berasaskan platform MQB Evo yang dipertingkat, dengan panjang bertambah kira-kira 25.4mm, manakala lebar, jarak roda dan tinggi kekal sama.

  • Enjin: 2.0 liter EA888 evo5 turbo empat silinder TSI suntikan terus
  • Kuasa Maksimum: 286 ps (peningkatan 13 ps berbanding model terdahulu)
  • Tork Maksimum: 350 Nm
  • Transmisi: Automatik 8-kelajuan
  • Sistem Pacuan: Pacuan roda hadapan (standard) atau 4Motion pacuan semua roda
  • Kapasiti Tunda: 2,268 kg (dengan hitch pemasangan kilang)
  • Varian Masa Hadapan: Versi hibrid pada kemas kini kitaran pertengahan

Rekabentuk Luaran, Estetik Moden

Volkswagen Atlas 2027 menampilkan rekabentuk luaran serba baharu bersama sistem lampu direka semula sepenuhnya. Penampilan luaran kini lebih dinamik dengan beberapa perincian utama seperti:

  • Pencahayaan LED: Lampu hadapan LED bertingkat dan gril atas jenis masked dipadankan dengan bonet yang tegap. Garisan lampu berkembar serta lencana VW bercahaya menjadi standard untuk semua varian kecuali model asas.
  • Profil Sisi: Bahagian sisi kini kelihatan lebih tegap dengan permukaan yang lebih kemas serta garisan badan yang tajam. Atlas 2027 turut menawarkan hendal pintu bercahaya dan lampu suluhan (puddle lamps) dengan pancaran corak yang unik.
  • Bahagian Belakang: Spoiler kini lebih menonjol dengan pintu belakang yang terletak rata dengan bampar. Rekaan lampu belakang merentasi badan dilengkapi lampu isyarat dinamik standard dengan tiga animasi.
  • Rim dan Warna: Varian asas menggunakan rim 18 inci, manakala varian lain menerima rim aloi aluminium 20 inci atau 21 inci dengan kemasan aloi mesin atau hitam. Tiga warna baharu diperkenalkan iaitu Blackberry, Sacramento Green, dan Sandstone.

Ruang Kabin, Keselesaan Premium

Bahagian dalaman direka dengan bahan mewah dan susun atur yang lebih praktikal. Antara pembaharuan utama termasuk:

  • Kokpit Moden: Tuas gear dipindahkan ke turus stereng untuk ruang pada konsol tengah yang besar.
  • Pilihan Warna: Terdapat tiga palet warna di antaranya Pebble Grey yang cerah, Black and Dark Grey yang dramatik.
  • Varian Kulit: Kemasan hiasan kayu asli adalah standard, manakala pilihan kulit Varenna atau Nappa hanya tersedia untuk dua varian teratas.
  • Pencahayaan Ambien: Sistem 10 warna adalah standard, manakala varian teratas menerima 30 pilihan warna. Ciri Atmospheres menyelaras tetapan cahaya dan audio. Varian tertinggi menambah corak spiral organik pada papan pemuka yang berubah melalui panel pintu dengan lampu latar pada baris pertama dan kedua.
  • Ciri Mesra Keluarga: Standard dengan pintu belakang kuasa, pelindung cahaya matahari belakang, cermin sisi pemandu malap automatik, lampu but dua sisi, serta kawalan jarak parkir hadapan dan belakang.
  • Keselesaan Tempat Duduk: Corong udara baharu pada tiang B serta pilihan pengudaraan tempat duduk baris kedua. Pemandu menerima kerusi ergonomik 12 arah dengan sokongan lumbar empat arah. Varian tertinggi menambah sokongan paha dan fungsi urutan empat arah pada kedua-dua tempat duduk hadapan. Kerusi kapten dan bumbung suria panoramik tersedia untuk hampir semua varian.

Teknologi Pintar, Keselamatan

  • Paparan Digital: Skrin infotaimen bersaiz 15 inci (12.9 inci untuk model asas) dipadankan dengan Digital Cockpit Pro 10.25 inci. Tombol Driver Experience pada konsol tengah mengawal audio, mod pemanduan dan ciri Atmospheres.
  • Konektiviti: Pengecasan wayarles Qi2 untuk dua telefon secara bersebelahan serta tujuh port USB C tersedia di dalam kabin. Sistem pembantu suara AI Premium Speech disertakan dengan langganan percubaan setahun.
  • Sistem Audio: Varian asas ditingkatkan kepada 9 pembesar suara, manakala sistem 14 pembesar suara Harman Kardon tersedia untuk varian tertinggi.
  • Suit Keselamatan IQ.DRIVE: Membolehkan penukaran lorong atas arahan pemandu bagi kelajuan 0 hingga 153 km/j. Ciri Emergency Assist kini mampu membantu kenderaan ke bahu jalan jika berlaku kecemasan perubatan. Versi terbaru Park Assist Plus ditambah pada varian tertinggi.
  • Beg Udara: Penambahan beg udara tengah hadapan menjadikan jumlah keseluruhan tujuh beg udara.
Volkswagen Volkswagen Atlas Volkswagen Atlas 2027 vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
    Roda4

    Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Xiaomi SU7 2026 Generasi Baharu Lancar dengan Jarak Pandu Sejauh 902km!

    04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.