Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol
Auto Terkini

#Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

Han OthmanBy Han Othman20/10/20161 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

tukar-co2-kepada-alkohol
SEPASUKAN saintis di Makmal Kebangsaan Oak Ridge dekat Tennessee, Amerika Syarikat menemui tindak balas kimia untuk menukarkan karbon dioksida (CO2) kepada ethanol yang berpotensi menghasilkan teknologi bahan api mesra alam. Penemuan tersebut diterbitkan dalam jurnal ChemistrySelect.

Lebih menarik, penemuan diperoleh tanpa dijangka ketika pasukan saintis itu sedang mengkaji siri tindak balas kimia daripada CO2 kepada bahan api berguna. Sebaliknya, langkah pertama dalam kajian tersebut tiba-tiba mendedahkan penemuan ethanol sebagai hasil penukaran yang disahkan dapat digunakan sebagai sumber bahan api kenderaan.

Teknologi tersebut membabitkan kombinasi baharu tembaga dan karbon yang digubah ke dalam spikanano (nanospike) atas permukaan silikon, lalu membolehkan tindak balas jadi sangat tepat dengan membabitkan sedikit pencemaran.

Saintis, Adam Rondinone berkata, berasaskan penggunaan material umum yang digubah dengan teknologi nano, tindak balas sampingan dapat dihadkan dan diakhiri dengan apa yang dimahukan.

Lebih penting, proses itu memiliki beberapa kelebihan berbanding kaedah penukaran CO2 lain. Ini kerana tindak balas kimia tersebut cuma menggunakan material umum seperti tembaga dan karbon – untuk menukarkan CO2 kepada ethanol – yang sememangnya sudah digunakan meluas sebagai bahan api.

KAJIAN SUSULAN SUDAH DIBUAT

adam-rondinone
ADAM RONDINONE

 

Barangkali penemuan paling penting ialah proses itu dapat bekerja pada suhu bilik yang mudah dimulakan dan dihentikan dengan kos tenaga kecil. Justeru proses penukaran boleh digunakan sebagai storan tenaga sementara semasa proses reda dalam generasi tenaga boleh diperbaharui.

“Proses seperti ini membolehkan kita menggunakan elektrik tambahan apabila ada untuk dihasilkan dan disimpan sebagai ethanol. Malah, ini membantu menyeimbangkan grid yang dibekalkan sumber boleh diperbaharui,” kata Rondinone lagi.

Kini, kajian susulan sudah dibuat untuk menjadikan proses tersebut lebih cekap. Jika berjaya, kita kemungkinan besar dapat menyaksikan penangkapan karbon berskala besar menggunakan teknik berkenaan pada masa akan datang.

Apapun, mari kita tonton video hasil penemuan itu di bawah ini:

SUMBER: Oak Ridge

Auto Terkini autotainment karbon dioksida (CO2) penemuan sains saintis tukar CO2 kepada alkohol
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026

1 Comment

  1. joe on 20/10/2016 08:49

    terbaik

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.