Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#Videotomotif: Land Rover Discovery Sport Ini Mampu Tunda Kereta Api Seberat Lebih 100 Tan
Roda4

#Videotomotif: Land Rover Discovery Sport Ini Mampu Tunda Kereta Api Seberat Lebih 100 Tan

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI menunjukkan ketahanan dan kelasakan sesebuah model, banyak pengeluar sanggup melakukan pelbagai kempen aneh yang kadangkala tidak terfikir dek akal. Contohnya, pada 1998, Proton Wira dicampak keluar dari pesawat ke Kutub Utara dan selepas mendarat, enjin kereta nasional itu terus hidup!

Satu lagi contoh, pada 1989, bagi menunjukkan kekuatan yang dimiliki Discovery 1, sebuah gerabak panjang kereta api dicangkuk di belakang dan ditunda kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. Kemudian, sekali lagi pada Jun 2016, Land Rover mengulangi semula apa yang pernah dilakukan dahulu dan kali ini menggunakan Discovery Sport serba baharu.

TUNDA LEBIH 100 TAN

Tugasnya, menunda gerabak kereta api mewah dengan berat melebihi 100 tan pada jarak 10km berlokasi di Rhine, utara Switzerland.

Berdasarkan spesifikasi rasmi, Discovery Sport mempunyai kekuatan tundaan 2.5 tan, dan SUV tersebut berjaya melakukannya tanpa masalah. Gerabak kereta api itu pula 60 kali ganda lebih berat berbanding keupayaan asas menunda Discovery Sport. Malah, berat beban tundaan itu juga bersamaan dengan sebuah pesawat Boeing 757!

Land Rover Discovery Sport yang digunakan dalam tugasan ini juga masih mengekalkan ciri standard, kecuali roda khas untuk digunakan atas rel. Tugas pemasangan roda besi itu pula dilakukan syarikat Aquarius Railroad Technologies yang fungsinya lebih kepada penstabil kenderaan.

Land Rover Discovery Sport dikuasakan enjin 2.0L diesel Ingenium JLR (Jaguar Land Rover) berkuasa 177hp dan tork 430Nm. Discovery Sport juga dilengkapi pelbagai teknologi tundaan dan cengkaman seperti Respon Terain, Bantuan Tunda, Bantuan Sangkut Tunda dan Kawalan Progres Semua Terain (ATPC).

ATPC ialah sistem semi auto untuk pemanduan off-road yang menetapkan output enjin dan pembrekan automatik. Ini terbukti sangat berguna dalam tugasan luar biasa seperti menunda gerabak kereta api. Dalam bahasa mudah, ATPC ibarat kawalan jelajah (auto cruise) berkelajuan rendah, di mana pemandu hanya perlu mengfokuskan pada jalan atau cabaran di hadapan.

Tetapi kenapa rel kereta api kerap menjadi lokasi Land Rover Discovery? Jawapannya, model-model Land Rover seperti Series II dan pelbagai lagi siri Defender sudah biasa diubah suai untuk bergerak atas rel kereta api bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan!

* Durasi video 2:14 minit.

YouTube player
autotainment Land Rover Land Rover Discovery Sport Roda4 videotomotif
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.