Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kenderaan JPJ Potong Garisan Kembar, Saman atau Kawan?
Auto Terkini

Kenderaan JPJ Potong Garisan Kembar, Saman atau Kawan?

SyafieBy Syafie10/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Video tular JPJ memotong di garisan kembar
BILA sebut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mesti ramai terus fikir “penguatkuasa jalan raya“. Tapi bila kenderaan JPJ sendiri kantoi potong di garisan berkembar, mesti ramai persoalkan sama ada saman atau kawan?

Tular di media sosial video 12 saat menunjukkan sebuah kenderaan rasmi JPJ memotong lori di laluan garis kembar di Simpang Pulai, Perak.

Macam JPJ kan….😋😋 pic.twitter.com/U8LQO2QCmm

— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 9, 2025

Aksi itu dilihat membahayakan pengguna jalan raya lain yang jelas mencemarkan imej JPJ sebagai agensi penguat kuasa jalan raya.

JPJ Terus Ambil Tindakan, Tiada Istilah ‘Cover‘ Anggota Sendiri

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan susulan terhadap anggota terbabit sudah dilaksanakan seperti:

  • Notis saman atas kesalahan lalu lintas
  • Larangan memandu kenderaan jabatan
  • Digantung tugas serta-merta
  • Ditempatkan semula ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ

Siasatan dalaman juga sedang dijalankan untuk kenal pasti jika ada kesalahan lain.” – Datuk Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarah JPJ

Anggota Tidak Terkecuali, Salah Tetap Salah!

JPJ menekankan tidak akan berkompromi, walaupun melibatkan anggota sendiri. Aedy Fadly berkata, setiap pengguna jalan raya, termasuk anggota JPJ tertakluk kepada undang-undang yang sama.

Orang Ramai Digalak Lapor Salah Laku Secara Masa Nyata

JPJ turut menyeru orang awam melaporkan terus sebarang kesalahan trafik menerusi saluran rasmi seperti:

  • Aplikasi MyJPJ
  • E-mel: aduantrafik@jpj.gov.my

Pastikan aduan disertakan butiran lengkap seperti nombor pendaftaran, lokasi dan masa kejadian. Jika ada rakaman video lebih baik.

Jangan Main Potong, Walaupun Siapa Pun Anda

Tanpa mengira anda rakyat biasa, selebriti atau anggota JPJ sekalipun, memotong di garisan kembar tetap menjadi satu kesalahan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini garisan berkembar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kereta JPJ Potong di Garis Kembar Kesalahan Jalan Raya video tular
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

JAECOO J5 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.