Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Hilux Rempuh Axia Sampai Meletup dekat KKIA, Dua Beradik Rentung
Auto Terkini

Video Hilux Rempuh Axia Sampai Meletup dekat KKIA, Dua Beradik Rentung

SyafieBy Syafie02/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TULAR di media sosial kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di kawasan lampu isyarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.

Insiden tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 18 saat dan dikongsikan menerusi platform X @update11111 yang memaparkan Perodua Axia di lorong kanan dirempuh sebuah trak pikap dari belakang sebelum terbabas dan meletup berdekatan kawasan jejantas.

Kota Kinabalu: Dua individu rentung dalam kebakaran kereta selepas terbabit kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini.
30/08/2024 pic.twitter.com/GRgBYLetUN

— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 31, 2024

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.15 pagi yang melibatkan trak pikap Toyota Hilux, Perodua Axia, dan Perodua Viva.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu memandu dari arah Tanjung Aru menuju ke arah Putatan, Sabah.”

“Sebaik tiba di tempat kejadian, di lorong kanan Toyota Hilux melanggar bahagian Perodua Axia yang dinaiki dua wanita hingga menyebabkan kereta itu berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva.”

Dua mangsa dalam Axia disahkan sebagai dua beradik, iaitu Dayang Nurshamirah Dulamit dan Dayang Nurshatirah Dulamit yang berusia 20-an. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu Viva berusia 34 tahun dan pemandu Hilux berusia 22 tahun hanya mengalami cedera ringan. Sumber media sosial mendakwa pemandu Hilux dipercayai memandu dalam keadaan mabuk atau bawah pengaruh dadah. Bagaimanapun, polis masih mnenyiasat punca kejadian.

Kes disiasat bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Majoriti

Auto Terkini CCTV Tular kemalangan jalan raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Perodua Axia Perodua Viva Toyota Hilux
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.