Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vespa GTS SuperTech 300 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM30k
Roda2

Vespa GTS SuperTech 300 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM30k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIAGGIO Group Japan Co Ltd mengumumkan ketibaan varian Vespa paling berkuasa dalam siri famili GTS, iaitu SuperTech 300 (2020) dan tempahan kini dibuka menerusi rangkaian pengedar Vespa seluruh Jepun.

GTS SuperTech 300 (2020) menerima rekabentuk lebih segar dengan bentuk panel ‘tali leher’ lebih panjang berbanding model 2019 yangsebenarnya adalah penutup hon. Beberapa komponen seperti pelindung kaki, bentuk hendal dan komponen krom depan, termasuk cermin pandang sisi turut direka baharu.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Vespa GTS 300 HPE yang Paling Berkuasa dalam Sejarah Vespa

Bahagian sisi menggunakan rekaan sarang lebah (honeycomb) hitam pada gril sisi radiator. Ada dua pilihan warna ditawarkan, hitam dan kelabu dengan kemasan aksen kuning pada ‘tali leher’, spring absober depan dan sulaman pelana.

GTS SuperTech 300 (2020) menggunakan panel meter dengan skrin TFT berwarna 4.7 inci untuk paparan maklumat digital seperti sipometer, odometer, suhu, baki petrol dan lain-lain.

Beberapa lampu amaran dipasang pada kiri dan kanan skrin TFT sebagai peringatan kepada penunggang jika ada masalah mekanikal. Sistem lampu menggunakan unit LED penuh di depan dan belakang.

Trenkuasa pula dijana enjin HPE 4-lejang silinder tunggal 278cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 23.8hp @ 8,250rpm dan tork 26Nm @ 52,50rpm, manakala transmisi jenis automatik. Kuasa dihasilkan adalah tertinggi dalam sejarah model Vespa.

GTS SuperTech 300 (2020) dilengkapi ciri kawalan traksi (ASR) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Sistem brek menggunakan cakera tunggal di depan dan belakang. Skuter ini dijual pada harga 770,000 yen (RM30,400), termasuk cukai 10 peratus. Penghantaran kepada pelanggan akan bermula awal April nanti.

BACA >>> Langkah Kurangkan Pencemaran, Itali Larang Vespa Lama Masuk Bandar

GALERI

SUMBER: BikeBros

Jepun Piaggio roda2 skuter Vespa Vespa GTS Super Tech 300 (2020) Vespa Japan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.