• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Vega EVX - Supercar Elektrik Buatan Sri Lanka Bakal Muncul Tahun Ini, 400hp!

Vega EVX - Supercar Elektrik Buatan Sri Lanka Bakal Muncul Tahun Ini, 400hp!

January 15, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA tahun lalu, syarikat dari Sri Lanka, Vega Innovations (Vega) pernah membuat kejutan apabila mengumumkan sedang membina supercar elektrik pertama berkuasa 900hp!

Pengumuman itu dibuat pada 2015, dan projek tersebut sepatutnya siap tahun ini, serta dijadualkan ditayangkan sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020, Mac ini.

Kereta sport elektrik tersebut dinamakan Vega EVX dan kini memang ada perkembangan terbaharu mengenai produk automobil buatan Sri Lanka itu. Pertama, kuasa asal 900hp, yang diumumkan pada 2015, terpaksa diturunkan kepada 400hp (300kW) tanpa diberikan penjelasan lanjut.

BACA >>> Tidak Percaya Tesla Power, Ferrari Rancang Hasilkan Supercar Elektrik

vega innovations 1
vega innovations 3

Ini bermaksud setiap gandar EVX akan dipasangkan satu unit motor 150kW. Bagaimanapun, penurunan itu tidak menjejaskan sasaran asal Vega, iaitu pecutan 0-100kmj sepantas 4 saat. Hantaran kuasa kepada semua roda mendapat bantuan perisian CodeGen, iaitu salah satu rakan teknikal pengeluar Sri Lanka itu.

Ada satu klip video 2017 mendedahkan rekod masa pecutan 3.15 saat dengan rupa kabin kereta belum lengkap dan tanpa panel badan. Vega mendakwa EVX mampu dipandu sejauh kira-kira 240km untuk setiap cas penuh pek bateri LiFePo4 (litium ferum fosfat aka lithium iron phosphate).

BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

GALERI
vega innovations 2
vega innovations 1
vega innovations 4
vega innovations 3
vega innovations 5
vega innovations 6
vega innovations 7
vega innovations

SUMBER: InsideEVs | CarBuzz

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Roda4, Sri Lanka, Supercar, Supercar Elektrik, Vega Innovations

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev