Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»VCM Rasmi Lancar Volvo EX90 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM442k
Roda4

VCM Rasmi Lancar Volvo EX90 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM442k

SyafieBy Syafie10/04/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Car Malaysia (VCM) secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik 7-kerusi pertama jenama itu, Volvo EX90 2025 untuk pasaran Malaysia pada harga RM442,888, tidak termasuk insuran.

Bagi pasaran tempatan, model itu hadir dalam varian tunggal, Ultra Twin dengan spesifikasi dan trim tertinggi. Menurut VCM, Volvo EX90 2025 ialah kenderaan paling selamat pernah dicipta Volvo.


Volvo EX90 2025 ialah SUV perdana terbaharu Volvo yang juga menjadi kenderaan pertama dilengkapi teknologi lidar dan dikuasakan perisian sepenuhnya, serta dibina dengan komponen yang bersedia untuk pemanduan autonomi.

Terdapat empat warna yang tersedia untuk model itu iaitu Onyx Black (hitam), Sand Dune (kuning cair), Crystal White (putih), dan Vapour Grey (kelabu).

Semua warna tersebut juga mempunyai pilihan warna dalaman sama ada gelap (Charcoal) atau cerah (Cadamom) dengan kemasan Nordico yang dipadankan bersama dekorasi kayu Birch semula jadi diperakui organisasi bukan kerajaan (NGO) global mengenai hutan dunia, FSC. Berikut spesifikasi lengkap dan perincian Volvo EX90 2025:

PRESTASI

  • Menggunakan bateri jenis litium nikel diperkaya (NCM Li-ion) 111kW.
  • Mampu menghasilkan maksimum 380kW (517hp) kuasa elektrik dan tork 910Nm
  • Menggunakan transmisi automatik kelajuan tunggal.
  • Kelajuan maksimum 180kmj
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.9 saat
  • Menggunakan dwi-motor dan dalam sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Jarak perjalanan mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) mencatatkan 623km.
  • Pengecasan AC 7.4kW untuk 0-100 peratus mengambil masa 15 jam, dan 10 jam (11kW).
  • Pengecasan DC 50kW untuk 10-80 peratus mengambil masa 92 minit, dan 30 minit (250kW).
  • Dilengkapi suspensi udara aktif.

LUARAN

  • Menggunakan rekabentuk Skandinavia yang elegan dan efisien.
  • Rekabentuk depan cembung.
  • Tingkap rata.
  • Hendal pintu tersembunyi menghasilkan pekali seretan serendah 0.29.
  • Bumbung kaca panaromik.
  • Lampu tinggi aktif.
  • Rim aloi lapan jejari 21 inci.

DALAMAN

  • Paparan dongak (HUD).
  • Unit infotainmen skrin sentuh 14.5 inci.
  • Kluster instrumen 9 inci.
  • Sistem audio dengan 25 pembesar suara Bowers and Wilkins.
  • Dilengkapi aplikasi Volvo Cars App dan Volvo On Call.

  • Konektiviti wayarles Apple CarPlay
  • Pengecas wayarles.
  • Penyaman udara automatik klimat empat zon.
  • Kerusi depan dilengkapi fungsi urut.
  • Kapasiti but 310 liter.

TEKNOLOGI LIDAR

  • Sistem Mitigasi dan Elak Perlanggaran.
  • Mitigasi Perlanggaran Kenderaan Datang  dengan Brek.
  • Mitigasi Perlanggaran dengan Stereng untuk pejalan kaki, dan penunggang (basikal dan motosikal).
  • Elak dan Amaran Perlanggaran Belakang (RCWA).
  • Brek Automatik Simpang (IAB).
  • Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Bantuan Stereng.
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA).
  • Mitigasi Lencong.
  • Mitigasi Kenderaan Depan Masuk Lorong.
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan Brek Automatik Halaju Rendah.
  • Amaran Buka Pintu (DOW).
  • Sistem Pemahaman Pemandu.
  • Pengesanan Penumpang.
  • Bantuan Henti Kecemasan (ESA).

CIRI KESELAMATAN

  • Tujuh beg udara (dua depan, dua sisi, dua tirai dan satu lutut pemandu) dengan Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS).
  • Suis nyah aktif (cut-off) penumpang.
  • Sistem perlindungan leher (WHIPS) pada kerusi depan.
  • Kerusi buster bersepadu untuk kanak-kanak.
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Radar dalaman.
  • Tali keledar dengan ciri pra-tegang dan pengehad beban.
  • Tali keledar retraktor elektrik.
  • Bantuan Pilot dengan Bantuan Tukar Lorong (LCA), dan Bantuan Parkir dengan kamera 360° berserta paparan 3D.
  • Kerusi depan elektrik dengan fungsi memori dan sokongan lumbar 4-tetapan.
  • Sokongan sisi elektrik untuk kerusi depan.
  • Kerusi depan dengan ciri ventilasi dan urutan.
  • Kerusi boleh lipat elektrik untuk tempat duduk baris ketiga.
  • Kad kunci dan sokongan tag kunci.
  • But kuasa.
  • Sensor hujan.
  • Ciri pedal tunggal (one-pedal drive).

Setiap pembelian dipakejkan perkhidmatan digital lima tahun, bantuan tepi jalan 24 jam, dan waranti kenderaan tanpa had perbatusan, manakala bateri voltan tinggi diberikan waranti lapan tahun.

VCM turut menawarkan 50 pelanggan pertama baucar pengecas dinding (wall charger) dan visor matahari panoramik bernilai RM5,000 percuma. Pelanggan boleh membuat tempahan bulan ini menerusi laman web VCM atau pengedar sah terpilih.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) SUV Elektrik VOLVO Car Malaysia (VCM) Volvo EX90
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

LRT3 Shah Alam Bakal Beroperasi Sebelum Jun, Ujian Akhir Sedang Dipercepat

23/02/2026
Auto Terkini

Kekerapan Tren Laluan Kelana Jaya Diselaras Susulan Isu Teknikal

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.