Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hatchback Sporty Era 80-an, Vauxhall Astra GTE (1983) Ini Dijual Harga Lebih RM119k!
Roda4

Hatchback Sporty Era 80-an, Vauxhall Astra GTE (1983) Ini Dijual Harga Lebih RM119k!

Abang HirataBy Abang Hirata28/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VAUXHALL antara pengeluar kenderaan paling lama di dunia yang ditubuhkan sejak 1857 dan berada di bawah pemilikan General Motors (GM) 1925 sebelum bertukar tangan kepada Groupe PSA pada 2017 serta kini di bawah Stellantis.

Sama seperti pengeluar lain, Vauxhall mempunyai wakil dalam pelbagai segmen dan salah satu model dipasarkan sejak sekian lama ialah Astra yang kini memasuki generasi kelapan.

BACA >>> Opel Bangunkan Jentera Lumba untuk Kejuaraan Rali Elektrik Pertama
BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall 1903 – Kereta 4 Kerusi Berkuasa 5hp yang Berusia 117 Tahun

Model generasi pertama dikeluarkan pada 1980 hingga 1984, dan dijenamakan semula daripada Opel Kadett D.

Astra mempunyai beberapa model perlbagai gaya badan seperti hatchback, sedan dan wagon. Satu ciri menarik, model sedan mempunyai but, tetapi masih lagi dalam bentuk hatchback. Trend hatchback pada era tersebut hampir sama satu sama lain dengan rekabentuk berkotak dan garis badan lurus.

Menghangatkan tawaran kepada pengguna awal era 80-an ialah Astra GTE yang dikeluarkan pada 1983 dan model itu saling tidak tumpah seperti Kadett GTE. Saingan pada masa itu ialah Ford Escort, Volkswagen Golf GTI dan Fiat Strada TC.

Astra GTE Mk1 dilengkapi enjin 1800cc. Secara jujur inilah kali pertama penulis tahu mengenai model tersebut yang kini bersatus langka (rare).

Di Britain, sebuah Astra GTE Mk1 (1983) baru terjual dalam sesi bidaan Car & Classic yang berakhir pada 24 Jun lalu. Berapa harganya? Satu rekod baharu, iaitu £22,250 (RM119,330)!

BACA >>> Pakatan Strategik Naza dan PSA – Kilang Gurun Jadi Hab Pemasangan Malaysia, Asean

Berdasarkan gambar dikongsikan, kondisi Astra GTE itu kekal baik walaupun bakal memasuki usia empat dekad! Unit tersebut sebenarnya sudah dibaik pulih dengan sejumlah komponen diganti baharu seperti pam minyak, sistem brek lengkap depan dan belakang, termasuk radiator.

Satu-satunya komponen bukan standard, ialah set ekzos tahan karat kerana alat ganti asal tidak boleh didapati dan direka mengikut rekabentuk asal. Apa yang penting unit itu masih dalam kondisi asal tanpa sebarang pengubahsuaian membabitkan kit badan, radio, kerusi Recaro dan rim tulen.

Malah, ia juga tidak pernah digunakan dalam perlumbaan atau terlibat kemalangan. Astra GTE dijana enjin 1.8 OHV berkuasa 115hp dan dipadankan transmisi manual 5-kelajuan. Angka tersebut tidak boleh dibandingkan dengan kereta sekarang kerana berat kereta itu cuma 925 kg.

Satu lagi fakta menarik, unit itu hanya mempunyai seorang pemilik sejak 1983 dan disimpan daripada 1997 hingga 2015. Dari situ, ia dibaik pulih dan hanya dipandu sejauh 2,574km dengan jarak pemanduan keseluruhan 119,950km!

BACA >>> #RetroAuto: Vauxhall Lotus Carlton 3.6L Twin Turbo Pernah Jadi Sedan Terpantas Dunia
BACA >>> Lori Skala Scammell Pioneer Versi Terperinci untuk Dibida, Dijangka Cecah Puluh Ribu!

SUMBER: Car & Classic Auction

Car & Classic Auction kereta klasik kereta lelong Roda4 Vauxhall Vauxhall Astra Vauxhall Astra GTE
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Auto Terkini

    GWM Malaysia Sedia Pelan 2026 – 2028 – Sasar 60k Jualan Fokus SUV, Teknologi Hibrid

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103k!

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.