
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi meneroka kerjasama strategik dalam memperkasa ekosistem Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) dan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.
Kunjungan tersebut membuka ruang sinergi antara industri automotif nasional dan institusi pendidikan tinggi dalam usaha mempromosikan teknologi hijau serta mobiliti elektrik masa depan.
Pusat Pembelajaran, Demonstrasi EV Pertama IPT

Naib Canselor UPSI, Md Amin Md Taff berkata, antara cadangan utama yang dibincangkan ialah penubuhan Pusat Pembelajaran dan Demonstrasi EV pertama di institusi pengajian tinggi Malaysia.
Antara fokus kerjasama:
- Pembangunan modul pendidikan asas BEV
- Latihan praktikal berkaitan teknologi Proton e.MAS
- Peningkatan kesedaran awam mengenai teknologi BEV nasional
- Integrasi teknologi hijau dalam kurikulum universiti
Menurut beliau, teknologi BEV dan NEV bukan lagi pilihan masa depan, tetapi satu keperluan semasa yang perlu dikuasai generasi muda.
Industry in Campus, Proton Training Center

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, institusi pendidikan tinggi adalah rakan strategik penting dalam mempercepat pembangunan mobiliti elektrik negara.
Antara cadangan kolaborasi jangka panjang termasuk:
- Konsep Industry in Campus
- Penubuhan Proton Training Center @ UPSI
- Zon pameran dan promosi teknologi e.MAS (tech showcase)
- EV Community Awareness and Learning Center
- Program training of trainers melibatkan keselamatan, diagnostik dan servis selepas jualan
- Program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling)
Pendekatan ini diyakini mampu merapatkan jurang antara industri dan akademia, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor automotif berteknologi tinggi.
Sokong Aspirasi Mobiliti Hijau Negara
Kerjasama strategik ini dilihat selari dengan aspirasi negara dalam memperkasa teknologi hijau serta mempercepat transformasi industri automotif ke arah BEV.
Dengan gabungan kepakaran industri dan ekosistem pendidikan, model Industry in Campus dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat tempatan dalam bidang mobiliti elektrik.




