Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

SyafieBy Syafie02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV) baharu, SUV segmen-D premium yang menggabungkan keselesaan halus dengan prestasi hibrid lancar serta efisien.

Ditawarkan pada harga bermula RM289,000, Harrier HEV mencerminkan pendekatan Multipathway Toyota dalam menyediakan pilihan mobiliti lebih rendah emisi tanpa memerlukan perubahan gaya pemanduan atau kebergantungan kepada pengecas luaran.

2.5L Hibrid 217PS, 4.7L/100KM

Harrier HEV dikuasakan enjin 2.5L Dynamic Force A25A-FXS yang digandingkan dengan Sistem Hibrid Generasi Ke-4 Toyota, menghasilkan kuasa keseluruhan 217PS.

Sebagai sistem hibrid self-charging, bateri lithium-ion dicas secara automatik melalui pemanduan dan brek regeneratif. Penggunaan bahan api dicatatkan serendah 4.7 liter/100km.

Mod pemanduan Eco, Normal, Sport dan EV membolehkan pemandu menyesuaikan karakter pemanduan mengikut situasi bandar, lebuh raya atau perjalanan santai.

Platform TNGA-K, Fokus Kesenyapan dan Keselesaan

Dibina atas platform TNGA-K, Harrier HEV menawarkan kestabilan, pengendalian yakin serta tahap kesenyapan kabin tinggi.

Rekaan luaran berasaskan falsafah Dignified Elegance menyerlahkan imej premium yang matang dan sofistikated. Pilihan warna termasuk Platinum White Pearl, Grey Metallic dan Precious Black dengan dalaman hitam eksklusif.

Antara ciri utama kabin:

  • Paparan digital 12.3 inci ditambah dengan paparan dongak (HUD)
  • Kerusi depan dilengkapi fungsi ventilasi dan pemanas
  • Larasan kuasa 12 hala untuk pemandu
  • Pendingin hawa dua zon dengan nanoe™ X
  • Bumbung panoramik moonroof
  • Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Cermin pandang belakang digital
  • Perakam video pemanduan 4K

Toyota Safety Sense 3.0

Harrier HEV dilengkapi Toyota Safety Sense 3.0 termasuk:

  • Pre-Collision System
  • Dynamic Radar Cruise Control
  • Lane Tracing Assist
  • Adaptive High Beam
  • Blind Spot Monitor
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Parking Support Brake
  • Panoramic View Monitor

Waranti, Sokongan Pemilikan

Harrier HEV hadir dengan pakej-pakej:

  • Waranti 5 tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti sistem hibrid 8 tahun tanpa had perbatuan
  • Opsyen lanjutan sehingga 10 tahun untuk bateri hibrid
  • Sokongan 24SEVEN Bantuan Jalan

Model ini kini boleh dilihat di semua bilik pameran Toyota sah di seluruh negara.

Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV segmen-D Toyota Harrier 2.5 HEV UMW Toyota Motor (UMWT)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Leapmotor B05, EV Gaya Coupé, Jarak Sehingga 460 km, Ada Launch Control!

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.