• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / UM Xtreet 250X (2018) - Streetfighter Klon KTM Duke dari Amerika Syarikat

UM Xtreet 250X (2018) - Streetfighter Klon KTM Duke dari Amerika Syarikat

April 21, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI tidak tahu tentang UM Motorcycles (United Motors) sebagai pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Miami, manakala kilang pembuatan beroperasi di China dan Taiwan. Persaingan sengit daripada motosikal jenama China membuatkan UM Motorcycle perlu bekerja lebih keras untuk memaklumkan kepada umum bahawa jenama itu berasal dari AS bukan China.

UM Motorcycles juga memperincikan pelan jangka panjang mengenai label 'USA Originated' selepas mendaftar sebagai pengeluar automotif AS pada 2000. Baru-baru ini pengeluar itu melancarkan model Xtreet 250X (2018) yang mirip model lama KTM Duke.


Perincian disalin semula itu dapat dikesan menerusi rekaan tangki, panjang badan hingga pelana asing. Ini termasuk frem trellis jingga, kowl bawah dan fork terbalik dan penutup enjin emas gelap nampak sama seperti model Duke. Malah, pengeluar itu juga tidak mendedahkan konsep rekabentuk yang dibangunkan.

Begitu juga rupa belakang. Menurut UM Motorcycles, Xtreet 250X (2018) ialah model UM  paling baharu dan paling menarik dalam kelasnya. Streetfighter itu didatangkan dengan enjin sama seperti EXS 230 bersesaran 223cc yberkuasa 16.4hp pada 6,600rpm dan tork 19.6Nm (5,100rpm).

Hantara kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 5-kelajuan, manakala keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi fork terbalik di depan dan monoshock di belakang. Cuma bahagian rim ialah rekaan asal UM Motorcycles, diambil daripada Xtreet 250X dengan rekaan lampu depan berbeza.

Xtreet 250X (2018) didatangkan dengan ekzos kemasan logam dan tayar berukuran 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang) berserta brek cakera di kedua-dua roda.  Dimensi keseluruhan jentera pula berukuran 2,080mm panjang, 750mm lebar dan 1,120mm tinggi. Ukuran jarak roda pula ialah 1,370mm dengan  jarak kelegaan tanah 140mm.

Artikel Berkaitan

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), KTM, KTM 200 Duke, KTM Duke, roda2, sportbike, streetfighter, UM Motorcycles, UM Xtreet 250X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my