Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ulat Teksi Seret Anggota JPJ Ketika Cuba Lari dari Pemeriksaan di KLIA2
Auto Terkini

Ulat Teksi Seret Anggota JPJ Ketika Cuba Lari dari Pemeriksaan di KLIA2

SyafieBy Syafie06/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera diseret pemandu kereta sewa haram atau ‘ulat teksi’ yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Ahad lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, insiden berlaku ketika sepasukan anggota JPJ Selangor menjalankan pemantauan ke atas aktiviti ulat teksi di kawasan terminal.

Suspek dikesan sedang menghampiri beberapa individu dan berjaya memujuk seorang penumpang untuk menggunakan perkhidmatannya,” katanya.

Penumpang tersebut diminta menunggu di Pintu 3, dan suspek mengambil kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang diparkir di Pintu 1.

Anggota Diseret, Cedera di Jalan

Pada jam 4.50 petang, anggota JPJ menghampiri dan memperkenalkan diri di pintu pemandu. Namun, suspek terus memecut dan menyeret anggota terbabit hingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan tangan dan lutut.

Laporan polis dibuat, dan suspek berusia lingkungan 30-an sudah ditahan serta direman dua hari untuk siasatan lanjut,” kata Aedy Fadly.

Tindakan Melampau, JPJ dan Polis Tidak Akan Berkompromi

Insiden itu menunjukkan betapa berani pengendali perkhidmatan haram yang sanggup mencederakan anggota penguat kuasa bagi mengelak tindakan undang-undang. Perbuatan sedemikian bukan saja jenayah, tetapi mengancam nyawa petugas keselamatan dan pengguna awam.

JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen untuk membanteras aktiviti ulat teksi, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti lapangan terbang.

Orang awam juga disaran hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah yang berdaftar demi keselamatan dan perlindungan insurans.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Teksi Haram KLIA2 ulat e-hailing Ulat Teksi Ulat Teksi KLIA
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.