Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ulat E-Hailing Tawar Kenderaan Mewah Perdaya Pelancong Asing
Auto Terkini

Ulat E-Hailing Tawar Kenderaan Mewah Perdaya Pelancong Asing

SyafieBy Syafie08/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TAWAR perkhidmatan e-Hailing dengan kenderaan mewah merupakan modus operandi digunakan sebilangan ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan Terminal 2 (KLIA2).

Namun, kegiatan tersebut berjaya dibongkar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu Op Khas Ulat dan e-Hailing yang dijalankan selama tiga hari bermula Ahad lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan 10 individu berusia antara 20-an hingga 60-an dalam operasi khas tersebut.

Kami turut menyita 10 kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan mewah seperti Toyota Alphard yang digunakan oleh ‘ulat’ untuk menjalankan kegiatan itu.”

“Ulat-ulat ini akan menyasarkan pelancong asing yang tidak pernah datang ke Malaysia dengan kononnya menawarkan harga murah bagi perkhidmatan mereka.”

“Namun selepas pelancong terbabit sudah berada dalam kenderaan mereka, ulat-ulat ini akan mengenakan harga lain yang jauh lebih mahal atas pelbagai alasan.”

Dalam operasi sama, JPJ juga memeriksa 23,567 kenderaan, hasilnya sebanyak 2,168 notis dikeluarkan dan 1,889 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Bagi mereka yang menjalankan aktiviti ulat ditahan mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 selepas didapati memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan berkaitan tanpa kebenaran.

SUMBER: HarianMetro

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Op Khas Ulat dan e-Hailing ulat e-hailing
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.