• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian GP Itali Tentukan Masa Depan Quartararo dengan Yamaha?

Ujian GP Itali Tentukan Masa Depan Quartararo dengan Yamaha?

August 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


UJIAN di Misano bakal menjadi penentu kepada titik perubahan Yamaha apabila pelumbanya, Fabio Quartararo memberi amaran keputusan ujian dalam perlumbaan GP Itali itu akan menentukan harapannya bersama Monster Energy Yamaha.

Ujian yang dijadual berlangsung pada 11 September depan ialah detik Yamaha mengetahui sama ada rancangan untuk YZR-M1 2024 berhasil atau sebaliknya.

Selepas ujian Misano, di sinilah kami mengetahui sama ada ia titik perubahan atau tidak," kata Quartararo.

Juara MotoGP 2021 terlepas gelaran akhir musim lalu, tetapi prestasi Yamaha menunjukkan penurunan prestasi pelumba itu hingga ketinggalan di belakang tiga jenama Eropah.

Kecemerlangan Quartararo jarang dipersoal, tetapi beliau hanya mampu menduduki tempat ke-15 di GP British, di depan duo pelumba pasukan satelit, LCR Honda dan pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan.

Menjelang perlumbaan GP Jepun pada 29 September-1 Oktober, Yamaha mengerahkan pelumbanya, Cal Crutchlow mengisi slot wildcard dalam usaha mengumpul data untuk mempersiap jentera kompetitif tahun depan. Namun, Quartararo tidak mengharapkan keajaiban daripada Crutchlow.

Quartararo berkata;

Nah, itu hanya wildcard.  Aku tidak fikir ia menjadi titik perubahan besar buat kami. Cal buat ujian, aku rasa. Tapi mudah-mudahan benar dan boleh jadi titik perubahan."

Jika ujian Misano gagal menambat hati Quartararo, beliau mungkin  menjadi seorang lagi pelumba profil tinggi yang mencari solusi lebih kompetitif pada 2024.

Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis berkata, beliau faham kekecewaan dirasai Quartararo, dan Yamaha perlu memberikan pakej terbaik kepada pelumbanya untuk membolehkan mereka beraksi terbaik mengikut kemampuan.

BACA >>> Alex Rins Sertai Yamaha, Jadi Rakan Pasukan Quartararo dalam MotoGP 2024
BACA >>> MotoGP Perkenal Peraturan Tekanan Udara Tayar Baharu, Kena Penalti Masa Jika Gagal Patuh

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, Lin Jarvis, Misano, Monster Energy Yamaha MotoGP Team, MotoGP, MotoGP 2023, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my