Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 Lancar di India dengan Ciri Klac Baharu
Roda2

TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 Lancar di India dengan Ciri Klac Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI cerita motosikal pasaran India. Kali ini negara Asia Selatan itu menerima edisi baharu Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 dengan ciri klac sliper Tork Anti-Undur atau Anti-Reverse Torque (A-RT). Dibawakan TVS Motor Company, naked bike tersebut dijual pada harga bermula ₹98,185 (RM5,905).

Naib Presiden Pemasaran Motosikal, Perniagaan Antarabangsa dan Perlumbaan TVS, Arun Siddharth berkata, TVS membangunkan enjin perlumbaan buat penggemar prestasi dan siri TVS Apache ialah testimoni legasi perlumbaan selama 35 tahun.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Lancar di India – Inilah Kembar G310R Tanpa Lambang BMW

“Selama bertahun-tahun, kami di barisan depan untuk menetapkan penanda aras dalam menawarkan teknologi perlumbaan bagi motosikal berprestasi. TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 kini menggunakan pengalaman perlumbaan itu yang kini boleh diaktifkan dengan klac sliper A-RT, pertama dalam segmennya.

“Keseluruhan rangkaian TVS Apache RTR 200 4V dipasang strip lumba dinamik dengan skrin depan rekaan khas,” katanya.

PRESTASI KLAC DIPERTINGKAT

Sistem klac sliper A-RT meningkatkan prestasi jentera dengan mengurangkan 22 peratus tekanan klac pada anjakan naik gear (quicker upshifts). Ciri ini juga dapat memastikan keselamatan penunggang ketika menurunkan gear (downshift) dalam halaju tinggi selain mengelak situasi gear melompat ketika mengambil selekoh. Ini termasuk meningkatkan kestabilan kenderaan dengan mengurangkan pengehad tork belakang.

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Ekzos Letak Bawah Pelana

Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 digerakkan enjin silinder tunggal 197.75cc dengan pilihan sistem karburetor (20.2hp) dan suntikan bahan api (20hp) dengan tork maksimum 18.1Nm pada 7,000rpm.

Didatangkan dalam pilihan warna hitam (grafik merah), kelabu (grafik kuning), merah (grafik hitam), putih (grafik merah) dan hitam kusam/matte (grafik merah), Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 tampil dengan tiga opsyen varian:

  • Karburator – ₹95,185 (RM5,905)
  • EFI – ₹107,885 (RM6,488)
  • Karburator dengan ABS – ₹108,985 (RM6,554)
Anti-Reverse Torque (A-RT) India klac sliper naked bike roda2 slipper clutch Tork Anti-Undur (A-RT) TVS tvs apache TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 TVS Motor Company
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.