Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) – Skuter China Bikin Senyum
Auto Terkini

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) – Skuter China Bikin Senyum

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen skuter 150cc dan 250cc tempatan, cumanya model itu masih dihantui dilema dan rasa kurang yakin orang Malaysia.

Model itu saya maksudkan ialah WMoto XDV 250i (2023), skuter yang mempunyai saiz fizikal mirip Honda ADV 150 tetapi menggunakan trenkuasa lebih besar sekelas dengan Yamaha XMAX 250.

XDV 250i ini didatangkan dengan dua varian iaitu Standard (foto atas, kiri) dan Project X. Baru-baru ini, PanduLaju diberi pinjam XDV 250i versi Standard selama seminggu untuk sesi tunggang uji.

BACA >>> WMoto XDV 250i (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM18.9k!

MACAM SKUTER JEPUN

Saya tidak berhasrat mengulas mengenai rekabentuk WMoto XDV250i kerana rekaan itu suatu perkara subjektif tetapi ingin menceritakan mengenai kualiti binaannya.

Setiap panel plastik yang dipasang pada badan adalah kemas, begitu juga dengan hasil kerja cat. Kerja pemasangan setiap panel layak diberi pujian.

Panel plastik yang digunakan tidak nampak berkualiti rendah atau murah seperti beberapa produk keluaran China lain. Boleh kata setanding beberapa produk skuter jenama Jepun di Malaysia.

Enjin dihidupkan dan getaran terhasil bukannya seteruk disangka. Secara peribadi, gegaran itu masih normal untuk sebuah skuter silinder tunggal. Apa yang pasti, tiada sebarang bunyi dari set panel badan.

PELANA TEBAL, LENGUH PUNGGUNG

Semasa menunggang tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Zoo Melaka sebelum patah balik ke ibu negara, memang terasa getaran yang mungkin berpunca dari tayar iaitu jenis corak tayar (bunga tayar).

XDV250i mudah dikendali di kawasan trafik sesak. Bar hendal berbentuk mendatar dengan bantuan set suspensi Kayaba menjadikan aspek kendalian lebih mudah dan agak selesa.

Perjalanan KL-Melaka-KL, lengah dan bahu tidak terasa lenguh sepanjang sesi tunggangan tanpa henti. Kelajuan tunggangan dikekalkan antara 100kmj hingga 110kmj.

Perlu diakui, tempat duduknya agak tebal dan dibalut kombinasi fabrik yang sedikit sebanyak mencegah penunggang mengelonggor ke hadapan semasa membrek. Cuma, punggung akan terasa kurang selesa satu jam tunggangan atau jarak 100km pertama (perjalanan tanpa henti).

Ruang letak kaki tidak mendatangkan masalah kepada saya tetapi mungkin mereka yang memiliki ketinggian lebih 170sm atau kaki panjang, akan terasa kurang selesa.

BACA >>> Honda Bangunkan Teknologi HUD pada Visor Angin

VISOR ANGIN KECIL SANGAT

Visor angin varian Standard tidak membantu tamparan angin ketika di meredah lebuh raya. Saya sarankan pasang visor angin lebih besar dan lebar jika mahu tingkatkan keselesaan atau beli sahaja varian Project X. Visor angin boleh laras tiga tahap.

Butang kawalan di kiri dan kanan hendal mudah dicapai jari dan tiada sebarang masalah kelewatan operasi. Setanding skuter jenama Jepun.

Saya kurang berminat dengan cahaya latar biru pada konsol kawalan kerana menampakkan XDV250i murah meskipun kita sedar produk ini berasal dari China.

Tugas membrek dengan adanya Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) adalah baik meskipun adakala terasa seperti brek belakang lebih kuat daya cengkaman berbanding kaliper brek depan.

Hantaran kuasa ke roda belakang semasa perahan awal terotal bukannya serta merta tetapi sebaik roda berpusing, prestasi trenkuasa bertambah baik.

BACA >>> #TunggangUji: Zontes Z310-T1 – Advencer Murah, Tapi Kualiti dan Fiil ‘Ride’ Memang ‘A’!

PRAKTIKAL

Saya mengekalkan kelajuan tunggangan antara 100 hingga 110kmj untuk mengukur jarak tunggangan dengan satu tangki penuh petrol. Jarak dicapai ialah sejauh 275km dan indikator minyak mula berkelip, masih berbaki satu bar (tunggangan di lebuh raya).

Berapa kelajuan maksimum? Saya cuma perah hingga 130kmj walaupun tahu terotal masih boleh dipulas. Ada rakan media lain mencatat tunggangan antara 140kmj hingga 155kmj.

Ruang simpanan bawah pelana agak besar dan tiada masalah meletakkan komputer riba 13, kamera digital, powerbank seberat 1.1kg, sepasang kasut sniker, baju hujan dan botol air mineral 1.5 liter.

BERBALOI BELI ATAU TAK?

Ini satu soalan yang ramai akan tertanya. Masalah sebenar XDV 250i ada dua. Pertama, rasa skeptikal dengan model China. Kedua, risau tentang peluang mendapatkan komponen alat ganti atau kualiti servis selepas jualan.

Pengguna yang kurang mementingkan jenama, mahu kenderaan praktikal untuk tunggangan harian dan tidak mahu melabur banyak untuk skuter 250cc, XDV250i mungkin boleh dipertimbangkan.

Apapun, cuba dapatkan peluang tunggang uji untuk mengenali skuter adventure ini dan bertanya kepada mereka yang sudah memilikinya. Pengalaman saya lalui ini cuma bertempoh satu minggu.

BACA >>> HLYM Perkenalkan Dua Warna Baharu Yamaha XMAX, Harga Naik Jadi RM22.3k!
BACA >>> BSH Lancar Honda ADV 160 (2023) di Malaysia, Harga RM12.9k
BACA >>> Aveta Malaysia Lancar Sportbike 250cc Minggu Depan, Inikah Modelnya?

MForce Bike Holdings roda2 Skuter 250cc Tunggang Uji WMoto XDV 250i (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.