• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Pemilik Twitter Celupar Kena Siasat

#Tular: Pemilik Twitter Celupar Kena Siasat

October 12, 2020 By Azizi H Leave a Comment

411
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-gara komen celupar mengenai kemalangan yang meragut nyawa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Johor Bahru kelmarin, pemilik akaun Twitter, Raja Farah Sofea kini dalam siasatan polis.

Pemilik akaun Twitter itu dikatakan menyiarkan status berbaur hinaan ke atas anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan menerima laporan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) mengenai pemilik akaun media sosial berkenaan.

Terdahulu, Honda Accord dipandu anggota TLDM, Mohd Rizal Buseri, 31, yang berhenti di persimpangan lampu isyarat, dirempuh sebuah Perodua Myvi seorang wanita yang dipandu sangat laju hingga menyebabkan kedua-dua kereta itu terbalik, dan turut terkena sebuah lagi kereta.

Siasatan awal mendapati pemandu Myvi tersebut memandu di bawah pengaruh dadah, tanpa lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. Bagaimanapun siasatan masih dijalankan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

SUMBER : HMetro

411
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Pemandu Accord Kena Rempuh Perodua Myvi, Raja Farah Sofea Kena Siasat, Twitter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my