• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Bukan Sebab Isteri di Sebelah, Rupanya Kena Saman Sebab Guna Telefon Bimbit

#Tular: Bukan Sebab Isteri di Sebelah, Rupanya Kena Saman Sebab Guna Telefon Bimbit

November 12, 2020 By Azizi H Leave a Comment

485
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM tular video di media sosial apabila seorang pemandu mendakwa disaman kerana isteri duduk di bahagian sebelah penumpang depan yang kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu video berkenaan yang berniat jahat dan cuba merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, tiada ketetapan melarang penumpang duduk sebelah pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza PKPB, PKPD, PKPDB dan PKPP? (Jangan Pening!)

Perkara ini saya sudah jawab beberapa kali tiada ketetapan yang memerlukan mereka yang menaiki kenderaan, seorang kena duduk depan, seorang duduk di belakang.

"Malah, jika datang daripada satu keluarga tidak memakai pelitup muka dalam kereta pun tidak salah, namun semalam ada seorang pemandu menyebarkan video kononnya disaman kerana perkara itu.

“Selepas disiasat, didapati individu itu dikenakan tindakan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.

Ismail juga meminta polis mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut yang menyebarkan klip video bertujuan memburukkan imej pihak berkuasa tersebut.

BACA >>> PKPB: Siapa Cakap Tak Boleh Keluar Selepas 12 Tengah Malam? Tapi...

SUMBER: SinarHarian | InfoRoadblockJPJ/Polis

485
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kena Saman Polis, Kena Saman Sebab Isteri Duduk Sebelah, PDRM, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKPB, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Saman, video tular, videotomotif, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my