Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ! Apa Jadi Kalau Tak Daftar?
Auto Terkini

Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ! Apa Jadi Kalau Tak Daftar?

Abang GYLBy Abang GYL06/09/201976 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP kenderaan yang menukar enjin, terutama melebihi sesaran (cc) asal, wajib memohon kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum menjalani ujian di Puspakom.

(Mantan) Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, pemilik kenderaan mesti memohon kepada JPJ bagi mendapatkan surat kelulusan.

Jika menukar enjin cc sama, pemilik kenderaan hanya perlu lapor di mana-mana JPJ berdekatan dalam tempoh 7 hari selepas penukaran.

“Kenderaan yang menukar enjin lebih 20 peratus daripada cc asal pula harus dapatkan surat kelulusan JPJ sebelum buat pemeriksaan Puspakom.

“Pemeriksaan Puspakom pula perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh surat kelulusan JPJ yang dikeluarkan dengan mengemukakan dokumen diperlukan.

“Selepas Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mesti mengemukakan laporan itu kepada JPJ untuk tujuan kemas kini kad pendaftaran kenderaan.”

BACA >>> Jangan Terbeli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya – JPJ

BENARKAH KERETA TUKAR ENJIN TIADA PERLINDUNGAN INSURANS?


Menurut Mohamad lagi, keadaan struktur keseluruhan kenderaan perlu dalam kondisi baik, terutama bahagian casis. Jika pemilik menukar enjin tanpa melaporkan kepada JPJ dalam tempoh ditetapkan, kenderaan mereka berisiko tidak mendapat perlindungan insurans jika terbabit kemalangan.

Jadi, kenderaan yang menukar enjin baharu tiada kena mengena dengan tiada perlindungan insurans asalkan mendapat kelulusan JPJ. Apapun, pemiliki perlu juga menyemak terma dan syarat pihak insurans.

BACA >>> 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

BAGAIMANAKAH PULA TUKAR TRANSMISI?

Begitu juga proses menukar transmisi yang melibatkan penukaran kotak gear manual kepada automatik atau sebaliknya. Prosesnya pun sama seperti menukar enjin, iaitu wajib lapor kepada JPJ dan buat pemeriksaan di Puspakom. Tidak perlu lapor jika sama transmisi, iaitu automatik kepada automatik.

Ini termasuk menukar enjin yang melibatkan sistem bahan api berbeza, pun perlu lapor kepada JPJ. Contohnya, menukar enjin petrol kepada diesel.

Maklumat lanjut, layari jpj.gov.my.

Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ir. Mohamad Dalib enjin Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ tukar enjin tukar kotak gear
Abang GYL

Artikel Berkaitan

KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baharu Cina

12/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

12/02/2026
Auto Terkini

PROTON S70 2026 Empat Silinder Kini Dalam Pasaran, Harga Mula RM73,800

12/02/2026
Auto Terkini

Triumph Scrambler 400 XC Tiba Mac Ini, Harga RM34,200

11/02/2026

76 Comments

  1. pha on 14/02/2017 09:51

    salam tuan, saya telah membuat penukaran enjin yg sama cc. enjin lama overhead.
    masalahnye saya tak membuat pendataran di jpj oleh kerana surat enjin lupa letak kat mana..
    baru2 ini tengah mengemas barang terjumpalah surat enjin tu.. (dah 2@3 tahun tukar enjin)
    adakah boleh lagi daftar enjin lagi?? ataupun kena denda?
    minta pandangan tuan.
    terima kasih

    Reply
    • ABG GYL on 14/02/2017 10:05

      Dalam surat enjin tu ada tulis tarikh penukaran?

      Reply
      • s14 on 14/02/2017 14:01

        sama kes ni…

        Reply
  2. Sham on 14/03/2017 21:52

    Salam admin.. Sekiranya sy tkr dr enjin honda 1.5cc ke 2.0cc boleh atau tidak?

    Reply
    • ABG GYL on 14/03/2017 22:17

      Menurut fahaman kami tidak boleh.

      Reply
      • Acid on 07/09/2019 22:54

        1500cc x 20% = 1,800

        So tukar enjin 1.8 max

        Reply
        • AO on 10/09/2019 07:44

          Benar

          Reply
    • Wan on 07/09/2019 23:32

      Honda tiada masalah sebab chasis luar boleh melebihi 1.8cc. Tapi kene ikot spec la. Conth disc belakang kene betol2 cengkam.

      Reply
  3. BimmerW on 26/05/2017 15:30

    Salam admin, sekiranya engine asal kereta BMW e30 sy 2.0L ingin tukar ke engine BMW 3.2 tetapi dr model e46?

    Reply
    • AO on 28/05/2017 00:18

      Tak boleh. Sesaran enjin dibenarkan cuma setakah daripada enjin asal. Contoh; 1.3L ke 1.5L; atau 1.5/1.6L ke 2.0L; atau 2.0L ke 2.4/2.5L

      Boleh tanya JPJ untuk perincian

      Reply
      • Genji on 24/08/2017 01:30

        1.6 boleh ke 2.0?

        Reply
  4. zali on 01/06/2017 22:10

    salam..3 tahun lepas saya tukar gearbox kancil dari manual ke auto.selepas setahun pakai saya jual kereta tersebut.pergi puspakom tanpa masalah tukarnama.bukankah menukar gearbox x perlu kelulusan jpj?

    Reply
  5. farishtaher on 24/07/2017 17:42

    Salam Tuan….Kereta sy persona 1.6 Auto…..sy ingin convert kepada engine 4g63T evo 4……sasaran cc tidak boleh melebihi 25%………adakah ni di benarkan oleh JPJ??

    mnta pencerahan tuan.

    Reply
    • ABG GYL on 24/07/2017 18:59

      mohon rujuk pada mana-mana JPJ terdekat

      Reply
  6. jacky chew on 04/08/2017 03:09

    Salam Admin! Saya nak tukar engin kereta klasic -737 cc ke 847 cc. Saya beli enjin ni dari kawan kat kelantan, kereta dah 20 tahun tak hidup, body pun dah reput. Gran kereta pun takda dah… documen apa yg kena bawa ke jpj untuk penukaran enjin? .

    Reply
    • ABG GYL on 04/08/2017 07:52

      untuk kes tuan, kami berpendapat JPJ tidak akan lulus. Bagaimana, tuan boleh rujuk di mana-mana JPJ berdekatan.

      Reply
      • jacky chew on 04/08/2017 20:43

        Terima kasih

        Reply
  7. Kecik. on 08/08/2017 23:07

    Kalo dah lama tukar engine cc yg sama bole endorsed ke….dah tukar dalam 6 7tahun…
    Mohon penjelasan….tq.

    Reply
  8. mann on 10/11/2017 17:59

    sekadar bertanya…tuan bolehkah kita turunkan cc dari 3.0 kepada 2.4cc

    Reply
  9. Riduanmasatal on 26/01/2018 14:49

    Asalam tuan..sy telh membli kreta cash kancil 850.tp da tukar dari manual ke auto.dan enjin jugak suda tukar dri 850 ke 1000cc.tp surat enjin rasanya xda.sebp owner asal punch enjin guna asal 850.jpj jugak lepas puspkon jugak lepas smpi selesai tukar nama..ada ka akan ada msla nnti kalu kena tahn pihk jpj..sekian

    Reply
  10. Izamin on 25/02/2018 04:52

    Sekiranya lulus di jpj.kalau berlaku kemalangan adakah kita boleh claim insurance..sebab keta dah tuka enjin kan.nanti adjuster insurance ckp x boleh claim pulak.kacau.
    Mohon penjelasan

    Reply
    • ABG GYL on 26/02/2018 10:05

      Boleh. Jika ikut pada undang-undang dan JPJ benarkan, ya memang boleh buat tuntutan

      Reply
  11. Munk on 14/05/2018 06:55

    Sekiranya tidak endorse engine adakah kereta akan disita jika dapat dikesan oleh jpj.sekian….

    Reply
    • Zack on 25/09/2019 12:49

      Saya merancang menukar kancil 850 manual ke 660 turbo auto. Adakah perlu kelulusan jpj?

      Reply
  12. rafizi on 14/05/2018 13:21

    assalammualaikum….nak tanya saye moto ber cc100 hendak tukar enjin yang ber cc160 adakah di benar kan??..jika buat ujian jpj lepas atau tidak???

    Reply
  13. Nawawi on 23/06/2018 22:41

    Salam tuan skrg sy pkai enjin 1.5cc jd sy nk tukar ke 1.8cc blh ke

    Reply
    • ABG GYL on 24/06/2018 20:14

      mohon rujuk JPJ

      Reply
  14. Unnotice on 07/07/2018 04:56

    Assalamualaikum.. bagaimana pula dengan motorsikal (kapchai)? Boleh ke tukar enjin?

    Reply
  15. Amirul on 07/07/2018 04:59

    Assalamualaikum.. bagaimana dengan kenderaan kecil spt motorsikal cc kecil (kapcai) ? Boleh membuat penukaran enjin?

    Reply
  16. suzy tawagang on 09/07/2018 11:49

    PRODUA BEZZA CC 1.0 TUKAR 1.30 AGAKNYA BOLEH KE?

    Reply
  17. Anieq91 on 29/07/2018 20:47

    Salam admin, saya nak tnya step untuk proses nak register enjin. untuk rujukan admin, enjin asal 660cc (M) (standart kancil) dan enjin baru pulak 660 turbo (A). Mohon admin terangkan mcamana step2 yg saya nak kena buat.

    Reply
  18. vg on 30/07/2018 16:28

    hi semua..aq ade sebiji kancil 660,xpi da tukar enjen tebo..xpegi puspakom sebab surat enjin hilang..
    ade cara tak selesai kn masalah aq nie?
    kalo ade sesiapa boley selesai masalah nie,boley col saya 0127844772

    Reply
  19. Motard on 23/08/2018 02:04

    Hi kalau nak tukar dri 200cc ke 250cc boleh tak?

    Reply
  20. Randi on 23/08/2018 02:06

    Hi admin kalau nak tukar engine Motor dari 200cc ke 250cc boleh tak?

    Reply
    • AO on 25/08/2018 09:27

      Asalkan ikut formula JPJ

      Reply
  21. encikhafiz.my on 04/09/2018 09:50

    terima kasih atas info berguna ini. saya baru sahaja menukar enjin 660cc kepada 850 untuk perodua kancil

    Reply
  22. lypoc on 26/11/2018 13:04

    macammana dengan enjin motosikal pula tuan.. contohnya motor saya honda ex5 100cc ditukar dengan enjin import dari china iaitu enjin lifan 160cc..boleh pihak tuan bagi penerangan skit?

    Reply
    • ken on 11/02/2019 16:23

      nk thu gak ni..

      Reply
  23. Leonard on 04/03/2019 11:12

    1.0cc engine ke 1.3 cc engine. Boleh ke tak

    Reply
  24. Arip on 13/03/2019 06:47

    Haritu saya ada beli 1 kereta.. Masa d pospakom untuk cek nak tukar nama.. Pospakom kata no enjin telah d cop semula.. Tapi lulus juga tukar nama.. Dan dapat buat rotex.. Boleh ka kereta ni d bawa jalan2

    Reply
    • ABG GYL on 13/03/2019 15:10

      Kalau dah lulus undang-undang, tak jadi masalah

      Reply
  25. Elly on 22/07/2019 19:15

    Salam tuan..
    If saya nak tukar enjin alza dr 1.5 ke 1.8 or 2.0 boleh ke? Tukar dahulu baru mohon jpj or moho. Jpj dahulu baru tukar enjin?
    Mohon pencerahan ya

    Reply
    • ABG GYL on 22/07/2019 19:39

      Kena mohon dahulu

      Reply
  26. EMY on 26/07/2019 03:03

    MAAF TUAN SEKADAR BERTANYA…KERETA SAYA MODEL HYUNDAI SONATA 1.8cc DAN DAH TUKAR ENJIN KEPADA 2.0cc MITSHUBISHI.DALAM GERAN PON DAH DI DAFTARKAN MODEL ENJIN DAN NO ENJIN 4G63 TU..MASALAHNYE BILA PERGI PUSPAKOM UNTUK PROSES TUKAR NAMA,TAK LEPAS DAN SAYA DI MINTA UNTUK PERGI KE JPJ SEMULA…MINTA PENCERAHAN TUAN.

    Reply
    • ABG GYL on 26/07/2019 15:25

      Mohon rujuk pada JPJ. Perlu dapatkan surat dari JPJ juga jika abang tak silap

      Reply
  27. Apez on 06/09/2019 00:01

    Salam. Motosikal boleh upgrade cc ke?

    Reply
    • AO on 06/09/2019 06:43

      Boleh, asalkan tak lebih 20% sesaran enjin asal.

      Reply
  28. Wadi on 19/09/2019 23:35

    Kalau tuka block je sebab block da rosak, enjin dan head semua pkai yg asal, perlu ke buat pemeriksaan?

    Reply
    • AO on 20/09/2019 18:23

      Tak payah. Itu cuma tukar komponen. Tukar enjin ni bila dah libatkan no enjin.

      Reply
  29. Irfan on 21/09/2019 12:31

    Asslamualaikum saya ada buat penukaran enjin motorsikal yang sama cc sebab enjin yang lama kena overhaul kos tinggi,saya beli enjin baru tapi tiada geran.Macam nak buat mohon pencerahan

    Reply
    • AO on 22/09/2019 00:48

      Kena ada dokumen atau bukti yang menunjukkan itu bukan enjin curi

      Reply
      • Irfan on 22/09/2019 18:55

        Dokumen apa eh nak di tunjukkan

        Reply
  30. Shafie amran on 26/09/2019 20:44

    Salam tuan .. selamat malam .. nak bertanya .. sy dah beli block 1.5 .. kereta sy 1.3 .. apa2 dokumen perlu untuk pospakom? Untuk block 1.5 sy dah dpat kad, mohon pencerahan tuan

    Reply
    • AO on 28/09/2019 20:59

      Ikut macam yang ditulis dalam artikel ni:

      https://pandulaju.com.my/tahukahanda-bagaimanakah-prosedur-tukar-enjin-kenderaan-di-jpj/

      Reply
  31. Fauzey on 18/11/2019 17:52

    Bagaimana kalau tukar enjin dr jenis yang tak sama, yg perlukan ubah suai mounting, contohnya kereta proton menggunakan enjin dr nissan, honda atau sbagainya yg melibatkan ubah suai yg agak radikal? Adakah dibenarkan? Adakah garis panduan utk modifikasi2 ini bg memudahkan kerja?

    Reply
  32. Khairy on 29/11/2019 03:17

    Bagaimana kalau saya mengubah bonet dan bumper depan kreta wira tanpa mengubahsuai barang dalaman seperti enjine. Contoh, Mengubah bonet dan bumper wira sahaja menggunakan barang evo 3. Adakah boleh atau salah di sisi undang? Mohon penjelasan admin…

    Reply
    • AO on 30/11/2019 06:56

      Boleh

      Reply
  33. Aidil on 09/02/2020 04:45

    Saya ade motor rxz lama baru nk restore tapi owner rxz lama tu dh meninggal Dia dh tuka enjin 5speed ke 6speed Dan Dia ter salah punch nombor enjin di sebelah kiri tapi surat tuka enjin tiada mungkin dh hilang sebab dh lama sanggap motor tu jadi Kalau nk masuk puspakom Apa yg terjadi

    Reply
  34. Adi pomen on 01/03/2020 18:26

    Saya ada sebuah perodua kancil enjin pecah dan saya telah beli sebiji enjin dari orang.
    Tetapi body enjin yang saya beli tu tuan lamanya telah jual besi buruk.
    Jadi macam mana prosedur saya nak endorse enjin tersebut.
    Geran enjin yang saya beli tu ada dengan saya.

    Reply
  35. Putra Herdeansa on 08/05/2020 00:18

    Hi Admin, saya nk tukar enjin savvy 1.2 ke enjin mitsubishi mirage 1.5 agak2 boleh ke?. sebab enjin asal savvy ni mmng bermasalah dan kerap rosak, sebab tu saya nk tukar enjin lain. kalau boleh apa dokumen yg saya perlu isi untuk dapatkan kelulusan dari pihak JPJ ?

    Reply
  36. Ammar on 16/05/2020 21:14

    Nak tanya kalau kelisa convert daihatsu bodypart boleh ke puspakom?

    Reply
  37. Sharul on 26/05/2020 23:55

    Assalammualaikum bos saya ni buta dlm hal2 mcm ni… Saya ada kancil 660.. Dan nak tukar ke 660 turbo perlu ke saya ke.. Saya dpt kan surat kelulusan dulu.. Atau terus ke puspakom saje.. mintak pecerahan.. Terima kasih

    Reply
  38. Abubakar mdharun on 16/10/2020 16:23

    Salam sejahtera buat tuan juga buat sakalian pembaca budiman.
    Soalan saya,.
    Adakan penukaran enjin berCC 2500 direndahkan/ditukar ke CC2000 dibenarkan.
    Jika ya,. Apakah syarat2nya sama seperti penambahan cc kecil ke besar
    Sekian terimakasih.
    Assalamualaikumwbkth.

    Reply
  39. MOHD TAMIZI BIN HASHIM on 17/01/2021 18:36

    السلام عليكم
    Saya tukar enjin kereta sama cc pada tahun 2013 dan dapat surat pengesahan enjin dari pejabat kastam Adakah saya boleh guna lagi surat tersebut untuk tujuan pendaftran enjin baru d JPJ .

    Terimakasih

    Reply
  40. Faisol Alattas on 10/03/2021 18:06

    Assalamualaikum..

    Enjin motor ana sy rosak.. Dn dia telah membeli enjin motor 2nd hand.. Masaalahnya ia berlainan cc..

    Klu saya tukar enjin DTM 1.5cc ke 2.0cc boleh ke..?

    Reply
  41. Hasrul on 09/04/2021 19:55

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..sy ingin bertanya..sy ada buat penukaran sistem gear box manual ke auto…sy nak jual Keta tu..adakah boleh lepas kat jpj..kat geran tulis manual..kalau sy nak dlm geran pun tulis auto..adakah kena buat pemeriksaan kat JPJ/Puspakom dulu…atau terus buat serentak semasa masuk Puspakom untuk buat proses tukar nama…

    Reply
  42. Farez on 22/04/2021 13:28

    Sy tukar enjin sama cc…tp belum register lg….surat2 enjin smua ad….boleh ke sy direct pergi ke puspakom

    Reply
  43. Aiman on 11/06/2021 19:48

    Assalamualaikum, saya ingin menggunakan enjin lifan 160cc, dan motor saya itu 100cc saja. Bolehkah enjin lifan ni didaftarkan. Surat beli enjin ada.

    Reply
  44. Tajol on 19/07/2021 13:24

    Salam tuan… Nak bertanya jika hendak tukar enjin 2.0 ke 2.5 semau maunting enjin sama tidak tukar hanya enjin saja berlainan.. Adakah boleh dan kene upgrade break aatau tak..

    Reply
  45. Ganesh on 20/09/2021 09:47

    Salam tuan
    Saya ada sebuah Van Ford Econovan 1.4cc jenis petrol, ingin upgrade kepada 1.8cc petrol .sebab enjin asal ford econovan ni memang bermasalah dan kerap rosak, sebab tu saya nk tukar enjin lain. kalau boleh apa dokumen yg saya perlu isi untuk dapatkan kelulusan dari pihak JPJ ?

    Reply
    • AO on 24/11/2021 13:28

      Call JPJ

      Reply
  46. Muhammad zhafran on 01/03/2022 19:10

    Sam.. tuan.. situasi sy mcm ni. Baru sebulan tuka enjin yang sama spec pd kereta kerana masuk air banjir. Masalah saya belum dapat endoss krn Bengkel x beri surat enjin dlm tempoh sebulan tu krn dlm trial (warranty) jika enjin tersebut x elok boleh tukar lain. Sy telah mengalami kemalangan dan ingin claim insyuran. Pd mase yg same. Sy baru dptkan surat penukaran enjin dr bengkel. Adakah sy x layak tuntut claim insyuran krn enjin tsebut tidak didaftarkan lg? Bukan saje2 sy x nak endosss tapi ianya masih d tempoh percubaan. Mohon penjelasan.

    Reply
  47. Farah izzati on 19/05/2022 19:18

    Kalau bezza 1.0 nk tukar ke 1.3 bole ke ?

    Reply
  48. Ibrahim on 22/07/2022 02:03

    Saya dah tukar engin kereta volvo saya lebih 10th lalu iaitu dari engin volvo GL 2.3 auto kpd engin 2nd hand volvoGL 2.3 auto juga kerana rosak, Perlu ke saya minta kebenaran JPJ dahulu? Boleh ke saya jual kereta tersebut sekarang?

    Reply
  49. Ahmad Nizam Ramli on 14/01/2024 10:51

    Assalamualaikum tuan admin,saya baru beli kereta myvy tapi Penama dalam geran nama anknya onwer(anak)kereta berkerja diluar negara,saya hendak bertanya bolehkah buat tukar nama geran tanpa owner tumprint kat JPJ,dan boleh ke ayah owner wakil anaknya untuk buat tamprint dijpj.

    Reply
    • Azhan O on 16/05/2024 13:28

      tak boleh

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.