Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR motosikal, DIDI Group secara rasmi memperkenalkan Triumph Trident 800 ke pasaran tempatan, sekali gus mengukuhkan lagi portfolio jenama Britain itu dalam segmen naked middleweight. Model serba baharu ini direka untuk penunggang yang mahukan keseimbangan antara prestasi bertenaga dan karakter urban yang agresif.

Dengan dua varian yang ditawarkan standard dan special edition, Trident 800 tampil dengan gaya minimalis yang lebih berani berbanding model terdahulu. Naked berharga RM53,900 ini direka ringkas dengan tangki berukir serta bahagian ekor yang tirus menyerlahkan identiti roadster moden Triumph, sambil mengekalkan sentuhan premium yang menjadi DNA jenama itu.

Bunyi ‘Triple’ Ikonik Tiga Silinder

Nadi utama Trident 800 ialah enjin tiga silinder 798cc, DOHC 12 injap dengan sistem suntikan bahan api elektronik Bosch dan pendikit elektronik. Unit ini menghasilkan kuasa maksimum 115PS (113bhp) pada 10,750rpm dan tork 84Nm pada 8,500rpm, angka yang cukup untuk memberikan pecutan responsif dari rpm rendah hingga ke ‘redline’ meter.

Karakter enjin triple sememangnya terkenal dengan keseimbangan antara tork pertengahan yang padat dan kuasa puncak yang mengujakan. Dipadankan dengan sistem ekzos 3-ke-1 keluli tahan karat bersama peredam (silencer) sisi gaya sport, setiap pulasan pendikit hadir dengan bunyi yang garang tetapi masih terkawal. Kotak gear enam kelajuan bersama Triumph Shift Assist serta klac slip dan assist pula membantu penukaran gear lebih lancar dan pantas.

Casis Ringan, Suspensi Boleh Laras

Dari aspek pengendalian, Trident 800 dibina atas rangka tubular steel perimeter yang ringan dan kukuh. Berat keseluruhan 198kg menjadikannya lincah ketika menukar arah, sama ada di laluan bandar yang sibuk atau jalan berliku.

Suspensi depan menggunakan fork terbalik Showa 41mm SFF-BP dengan talaan mampatan dan lantunan boleh laras, manakala belakang dipasang monoshock Showa RSU dengan pelarasan preload dan rebound. Sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar 310mm dengan angkup radial empat omboh di hadapan serta cakera 220mm di belakang, lengkap dengan Optimised Cornering ABS (OCABS). Tayar Michelin bersaiz 120/70 R17, depan dan 180/55 R17, belakang membantu memberikan cengkaman meyakinkan.

Teknologi Mesra Penunggang

Sebagai jentera moden, Trident 800 dilengkapi tiga mod tunggangan Rain, Road dan Sport. Respons pendikit serta kawalan cengkaman bergantung kepada cara tunggangan dan pilihan mod mengikut situasi. Sistem Optimised Cornering Traction Control pula menggunakan input sudut condong bagi memastikan tahap cengkaman lebih konsisten ketika mengambil selekoh.

Panel instrumen LCD pelbagai fungsi dengan paparan TFT berwarna memaparkan maklumat penting secara jelas. Tambahan ciri seperti sambungan Bluetooth My Triumph dan kawalan jelajah (cruise control) menjadikan motosikal ini bukan sekadar jentera prestasi, tetapi juga praktikal untuk perjalanan jauh.

Warna, Harga dan Edisi Khas

Triumph Trident 800 ditawarkan pada harga bermula RM53,900 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Pilihan warna merangkumi Ash Grey dengan sentuhan Diablo Red, Carnival Red bersama kemasan Graphite, serta Jet Black. Kesemua varian hadir dengan rim berwarna emas.

Turut diperkenalkan ialah Trident 800 Special Edition (SE) pada harga RM56,900, eksklusif dalam warna Jet Black. Untuk 30 pelanggan terawal, model ini didatangkan bersama ekzos Akrapovic, Cowl Seat dan Bar-End Mirrors. Selepas kuota tersebut, motosikal masih menerima ekzos Akrapovic dan Bar-End Mirrors, manakala Cowl Seat ditawarkan sebagai aksesori tambahan pada harga RM850 melalui pakej Purchase With Purchase. Pembeli terawal juga berpeluang menerima jaket asli Triumph selagi stok masih ada.

Dimensi, Ergonomik dan Servis

Dari segi saiz, Trident 800 mempunyai panjang 2,024mm, lebar 815mm dan tinggi 1,088mm (tanpa cermin sisi), dengan ketinggian tempat duduk 810mm. Jarak roda 1,402mm bersama sudut rake 24.5 darjah membantu memberikan kestabilan pada kelajuan tinggi tanpa mengorbankan kelincahan.

Tangki bahan api 14 liter sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan sederhana jauh. Servis ditetapkan pada setiap 16,000km atau 12 bulan (mana-mana terdahulu), satu angka yang praktikal untuk pemilikan jangka panjang. Tempahan kini dibuka di semua pengedar sah Triumph seluruh negara, dengan sesi pandu uji bermula 14 Februari 2026.

Auto Terkini naked bike Naked Middleweight Bike Triumph Malaysia Triumph Motorcycle Triumph Trident 800
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

    06/04/2026
    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.